31 July 2011

Yang dibenci rakyat ada pada Umno

Oleh Aspan Alias
Isu perkauman elok dihentikan sebelum terlambat. Mengendung isu perkauman tidak berhenti-henti sangat menjemukan kerana rakyat hendak hidup dengan aman dan damai. Isu ini hanya diperbesarkan oleh mereka yang lemah sokongan dan menggunakan isu ini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan dari kaumnya sendiri.
Mahu tidak mahu kita mesti akui yang semua rakyat ada hak untuk bersuara. Bagi saya kerajaan patut mengambil tindakan dengan undang-undang terhadap sesiapa yang melaungkan sentimen perkauman yang terlalu menebal. Kita terpaksa menerima yang semua kaum adalah rakyat Malaysia. Mereka berhak untuk bersuara tentang nasib masa depan mereka.
Masa depan sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Pemimpin tidak boleh menekan dan memaksa sesiapa pun untuk memberikan sokongan secara terus menerus kerana pemimpin itu sendiri telah dipilih oleh rakyat buat satu masa yang ditetapkan dan di negara kita mereka dipilih selama 5 tahun sahaja.
Dalam hal negara kita BN telah diberikan mandat sebegitu lama, tetapi keyakinan rakyat yang berterusan itu telah di salah guna oleh mereka dan mereka sudah menganggap yang hak untuk memerintah itu hanya ada kepada BN semata-mata. Dalam usaha mengekalkan mandat itu BN telah melangkaui batas-batas demokrasi yang sebenarnya.
BN khususnya UMNO tidak lagi percaya kepada sikap toleransi dan etika demokrasi yang sebenarnya dan sikap ini lama kelamaan menjadikan rakyat yang mempunyai walaupun sedikit pemikiran menjadi bosan. Rakyat sudah mula jemu dengan isu-isu yang diketengahkan terhadap parti-parti halal yang juga mempunyai hak untuk menawarkan untuk mendapatkan mandat dari rakyat.
Maka sekarang ini parti-parti yang berteriak tentang isu rasis ini dengan secara beransur-ansur dipinggirkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO terutamanya masih dengan retorik usangnya kerana masih bercakap sesama sendiri betapa pentingnya UMNO itu untuk dikekalkan kerana UMNO sahajalah yang boleh menjamin masa depan negara dan orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini