04 November 2011

‘Kebebasan hak asasi manusia tidak mutlak

PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini berpendirian selaras dengan kepimpinan PAS Pusat yang menentang program Seksualiti Merdeka.
Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman merangkap Adun Meru hari ini berkata bahawa kebebasan hak asasi manusia tidak bersifat mutlak dan adalah berdasarkan panduan yang ditunjukkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah, Nabi Muhammad.
“Panduan ini sambil menggalakkan kebebasan berfikir ini, meletakkan batas-batas tertentu supaya manusia tidak terlanjur dari matlamat ciptaannya sendiri dan rosak sehingga mendatangkan kerosakan di dunia dan akhirat,” kata Dr Rani semasa sidang media di pejabat perhubungan PAS Selangor pagi tadi.
Menurut beliau, hak asasi manusia dalam Islam adalah hak untuk menghayati dan memenuhi peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
“Ini meliputi hak bersuara, menentang kezaliman, hidup bebas dengan kehormatan tanpa ancaman ditahan tanpa perbicaraan dan sebagainya.”
Bincang dan bahas
Dr Rani turut menjelaskan bahawa kebebasan seksual yang diperjuangkan oleh golongan lesbian gay biseksual dan transeksual ini berlaku kerana kefahaman bahawa manusia wujud tanpa perancangan.
“Oleh itu mengikut fahaman mereka setiap manusia berhak untuk mengejar apa jua kecenderungan asalkan tidak menyakiti pihak lain.”
Beliau turut membidas festival Seksualiti Merdeka dengan berkata: “Ia bukan bertujuan memperjuangkan hak asasi manusia sebaliknya memperjuangkan cara hidup songsang yang menjatuhkan martabat manusia sehingga terpesong jauh dari fitrah manusia itu sendiri.
Beliau turut menyatakan bahawa masalah pengenalan seksualiti perlu ditangani melalui perbincangan dan perbahasan dengan golongan tersebut.
Selain itu beliau mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan panduan di dalam kes – kes di mana pengenalan seksualiti berlaku dalam keadaan semula jadi.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini