22 December 2011

HA keseorangan : Ahli PAS tetap berdiri teguh bersama parti

Perbezaan pendapat ditimbulkan oleh Dr Hasan Mohamed Ali & Ust Nasha tidak akan mengurangkan sokongan ahli terhadap parti itu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata, pertembungan pendapat berlaku antara kepimpinan Pas dan dua bekas pemimpin parti itu, bukan perkara baru malah pernah berlaku dan menjadi tumpuan sebelum ini.

“Pendapat Hasan dan Nasha tidak akan memberi kesan kepada sokongan terhadap parti kerana orang-orang Pas ‘gila’ parti. Mereka tidak kisah pertembungan pendapat itu sebab ia tidak meninggalkan kesan kepada mereka, yang dijaga ialah parti.

“Hasan dan Nasha memiliki fahaman politik tersendiri, mereka bukan politikus yang tidak berpengetahuan. Menjadi alat Umno atau tidak adalah pendirian politik semasa mereka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dalam parti itu, semalam.

Bagaimanapun, Agus menyatakan, konsep Negara Berkebajikan yang menimbulkan pertikaian dalam Pas, wajar dipraktikkan memandangkan ia adalah konsep praktikal untuk dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pertembungan dengan parti komponen Pas (DAP).

“Konsep Negara Berkebajikan lebih relevan dengan senario politik semasa berbanding perjuangan asal Pas iaitu membentuk kerajaan Islam. Konsep baru itu lebih sesuai kepada rakyat lebih-lebih lagi untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Penyelesaian terhadap isu semasa juga perlu menggunakan kaedah semasa dan selari dengan tuntutan rakyat,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Mohd Mustamam Abd Karim berkata, pergolakan dalaman parti itu, menggambarkan pembentukan energi baru, bagi menghasilkan keputusan yang mampu mengukuhkan lagi perjalanan parti.

“Itu sepatutnya berlaku dalam PAS. Segala percanggahan pendapat bergantung kepada kebijaksanaan ketua mereka, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pergolakan dalam Pas menunjukkan parti itu sedang bergerak dan akan seimbang, setelah mendapat keputusan tetap. Mereka akan terus berfikir bagi mencari penyelesaian serta membentuk titik keseimbangan dalam parti,” katanya.

4 comments:

  1. Sekarang je UMNO mempersoal Negara Islam selepas PAS memperkenalkan Negara Berkebajikan yang lebih mudah ditafsirkan dan diterima ramai termasuk DAP. Sedangkan semasa PAS memperjuangkan Negara Islam secara bersendirian, haram UMNO tak beri undi pun.

    ReplyDelete
  2. konsep negeri berkebajikan meniru konsep BN yang telah dipraktikkan sejak merdeka lagi. Bendera yang mempunyai warna merah dan putih juga meniru bendera UMNO. Pembentukan Pakatan BN. Kerjasama dengan DAP juga meniru. Ianya secara langsung telah mengiktiraf apa yang telah dilaksanakan oleh BN.

    ReplyDelete
  3. Saja tanya Penyokog PAS pun baiah talak isteri jugak ke?

    ReplyDelete
  4. tak pyah dok baia'h kalau dah terkeluar dari islam automatik terpisah antara suami isteri.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini