01 April 2012

Tindakan tidak bertamadun Umno Kelantan

Tindakan sekumpulan anak muda dipercayai diupah melontar objek keras sehingga menyebabkan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemik dianggap memalukan rakyat Kelantan.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, budaya tersebut mencemarkan imej rakyat negeri ini kerana perbuatan ala samseng sudah lama berlalu.

Katanya, perbuatan seperti itu sudah ditinggalkan pada 1960-an selepas berkuburnya kumpulan Pemuda Tahan Lasak Umno yang menghalang kemaraan PAS ketika itu.

“Biar pun ada pihak melakukan perbuatan yang tidak bertamadun tersebut, ia sama sekali tidak menghalang PKR meneruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran.

“Malah kami terus bersemangat dan selepas ini Datuk Seri Anwar akan datang lagi membantu kempen sehingga pilihan raya umum ke-13 diadakan,” katanya.

Ketika berceramah pada program solat hajat di Padang Perdana malam kelmarin Anwar mendedahkan kereta dinaikinya dilontar objek keras ketika melewati Jalan Mahmood oleh sekumpulan pemuda.

Abdul Aziz yang turut menaiki kereta sama memberitahu ketika sampai di hadapan Esso di simpang lampu isyarat tiba-tiba sekumpulan pemuda mengangkat kertas manila kad seperti mahu demontrasi.

“Dalam sekitar 20 pemuda tiba-tiba meluru ke arah kereta dinaiki Anwar dan satu objek keras mengena kereta yang kami naiki.

“Tak nampak pula apa yang ditulis pada kertas manila kad. Ketika itu kereta Datuk Seri berada yang kedua dalam konvoi dari Pengkalan Kubur dan dua lagi kereta rombongan di belakang.

“Mungkin kumpulan samseng itu mendapat info Anwar sampai di kawasan itu kerana tiba-tiba mereka mengangkat sepanduk kertas,” katanya yang juga angota parlimen Ketereh.

Menurutnya juga kereta Mercedes dinaiki Anwar itu baru siap dibaiki selepas terkena objek keras dilontar pihak tertentu ketika menghadiri ceramah di Johor baru-baru ini.

Kata beliau kejadian di Johor sudah dilaporkan kepada polis memandangkan ada anggota AMK yang cedera, namun belum ada tindakan diambil pihak keselamatan.

“Sebab itulah kita belum lagi membuat laporan polis terhadap insiden yang berlaku di Kota Bharu malam 30 Mac lalu,” katannya.

Abdul Aziz juga berkata, pada program perjumpaan Ketua Umum PKR di Paloh Gua Musang pada hari sama, seramai 130 ahli dan penyokong Umno menyerah borang menyertai PKR.

Sebelum itu Anwar merasmikan Bilik Gerakan PKR di Dun Nenggiri. Sebelah petang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di tapak pasar borong Kuala Krai di Guchil.

Kemudian mengadakan kuliah Maghrib di masjid tidak jauh rumah anggota parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan selepas itu menghadiri ceramah di Pantai Geting, Tumpat.

2 comments:

  1. tolong up sikit blog ni . http://wasukalu.blogspot.com/
    Nak tumpang balun Umno Bn

    ReplyDelete
  2. Yg buat perangai mcm BABI ni hanya sekeluumit je, mereka berani sbb ada kuasa yg backing.... tu je,,,, memang HARAMJADAH!!!!!! inilah tindakan permulaan utk mencetus huru hara...AWAS RAKYAT MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini