05 February 2009

Imej Umno akan jadi lebih buruk selepas ini

LOMPAT MELOMPAT
By Dr. Mahathir Mohamad on February 4, 2009 1:28 PM

1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).
2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.
3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.
4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.
5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.
6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.

Lebih RM10,500 berjaya dikumpul

Bukit Naga ~ Pidato Intifadah Palestine yang disampaikan oleh YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud, Ahli Palimen Kota Raja dan Pemidato utama Ybhg Tn Hj Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS Pusat telah berjaya mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa Gaza sebanyak lebih RM 10.500 termasuk sekeping cek bernilai RM 3,500 yang tidak diketahui siapa penyumbangnya.

Berucap kepada majlis tersebut Mohammad Sabu mengingatkan kepada semua dermawan supaya dapat memastikan bahawa sumbangan tersebut mesti disampaikan kepada wakil Hammas di Gaza kerana mereka inilah yang amat memerlukan sumbangan.


Sementara itu Pengarah Program yang merupaka Pengarah JPrK Kota Raja merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Raja berharap agar semua hadirin dapat menyumbangkan sebanyak mungkin sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestine di Gaza. Ini ditambah lagi dengan serangan fasa kedua oleh Israel dua hari lepas menambah derita lagi rakyat Palestine. Menurut beliau rakyat Kota Raja sewajarnya mampu memberikan sumbangan memandangkan limpahan rezeki yang dinikmati oleh kita disini.

Sebelum itu hadirin disajikan dengan tayangan kekejaman Yahudi dibumi Palestine dan ramai yang menitiskan air mata melihat tayangan video tersebut, diakhir nya Ybhg M. Sabu, YB dr Siti Mariah, Timbalan Dato Bandar Shah Alam dan lain-lain kepimpinan menyaksikan Tn Hj M. Sabu membakar Bendera Amerika dan Israel sebagai menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia di Kota Raja.

Video bukan sekadar untuk tontonan ... jadikannya pengajaran

Umno harus contohi Rasulullah

Exco Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Zainal Abidin Sakom beranggapan masalah politik dalam UMN0 menjadi semakin meruncing kerana UMNO kurang mendapat barakah disebabkan ada ahli yang terlibat dalam gejala rasuah politik. Menurutnya, kumpulan besar pemimpin dalam UMNO sudah tidak percaya kepada qada dan qadar selain tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh pemimpin dan pegangan.

“Mereka tidak lagi percaya untuk menjadi pemimpin perlu petunjuk dan hidayah Allah, sebaliknya beranggapan menjadi pemimpin tidak ada jalan lain selain menggunakan rasuah politik. “Bayar salah, tak bayar kalah. Ini telah menjadi budaya dalam UMNO untuk jadi pemimpin melalui rasuah politik.

“Di dalam Islam sendiri ada larangan mengambil dan menerima rasuah sama ada rasuah politik atau politik wang itu sama,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan berkata, jika seseorang pemimpin dipilih melalui rasuah politik, kemenangannya tidak mendapat barakah.

“Sebagai contoh, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberi biasiswa kepada anak-anak Melayu memasuki universiti tetapi mengapa mereka ini dalam satu masa yang lain memusuhi kita.

“Inilah yang dinamakan tiada barakah kerana disebabkan pembuat keputusan itu mendapat jawatan dari jalan yang tidak baik,” katanya.
Zainal berkata, dari segi kepimpinan, UMNO telah nampak seperti tenggelam punca untuk mencari jalan terutama sekali bagi menyatukan kekuatan yang lemah kepada bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya.

“Jika pemimpin-pemimpin mengetengahkan metode kefahaman Islam di samping sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai pemimpin contoh kepimpinan, saya percaya kekuatan UMNO akan kembali,” katanya.

04 February 2009

Kerajaan Perak belum tumbang

Orang yang kata Kerajaan Perak sudah tumbang dan tajuk berita Astro Awani bahawa 'BN tubuh kerajaan di Perak' merupakan kata-kata orang hilang akal. Kerajaan Perak dalam masa beberapa jam ni tetap seperti sedia kala walau pun ada kegelisahan disana sini. Selagi Tuanku Sultan masih dalam mood sekarang, tiada apa yang akan berubah.

Meraka boleh senyum dan tersengih macam monyet sepuas-puasnya sebelum mereka menangis teresak-esak bila mereka ditumbangkan oleh rakyat dalam mana-mana pilihanraya akan datang. Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini bahawa hak rakyat hendaklah dikembalikan kepada rakyat, SPR hendaklah berlaku adil.

Updates on Perak:(Sumber Malaysiakini)

1. 3.50pm: MB Perak pergi istana nak jumpa Sultan.

2. 4.00pm: Najib nak buat sidang media.

3. 425pm: 3 katak dikatakan bersama Najib (gambar diatas) Mereka ialah Osman Jailu, Jamal Posmen, Hee Yit. Ini bermakna kedudukan PR Perak seri 31-28. Bermakna BN merampas Perak jika Sultan tak perkenan permintaan MB.

4. 4.28pm: Dato Nasa - Adun Bota yang baru 10 hari dengan PKR juga bersama Najib.

5 5.05pm: Nizar masih dalam istana.

6. 5.08pm: Najib mengumuman "Kerajaan Perak Tumbang" dengan penyertaan 3 Adun bebas dan penyertaan semula adun Bota ke dalam UMNO. Dato Nasa menafikan yang beliau diculik. Najib menggunakan Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Jika MB hilang keyakinan dengan ahli DUN,beliau dikehendakki meletak jawatan bersama-sama ahli exco nya.

7. 5.09pm: saya percaya tentu ramai yang gelak kan Najib...ha ha ha ha ha. Sebab ketika ini Sultan belum membuat sebarang keputusan samada memperkenan permintaan MB untuk bubar DUN atau membiarkan BN merampas Perak dengan pelompatan 4 ekor katak.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini