Berucap kepada majlis tersebut Mohammad Sabu mengingatkan kepada semua dermawan supaya dapat memastikan bahawa sumbangan tersebut mesti disampaikan kepada wakil Hammas di Gaza kerana mereka inilah yang amat memerlukan sumbangan.
Sementara itu Pengarah Program yang merupaka Pengarah JPrK Kota Raja merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Raja berharap agar semua hadirin dapat menyumbangkan sebanyak mungkin sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestine di Gaza. Ini ditambah lagi dengan serangan fasa kedua oleh Israel dua hari lepas menambah derita lagi rakyat Palestine. Menurut beliau rakyat Kota Raja sewajarnya mampu memberikan sumbangan memandangkan limpahan rezeki yang dinikmati oleh kita disini.
Sebelum itu hadirin disajikan dengan tayangan kekejaman Yahudi dibumi Palestine dan ramai yang menitiskan air mata melihat tayangan video tersebut, diakhir nya Ybhg M. Sabu, YB dr Siti Mariah, Timbalan Dato Bandar Shah Alam dan lain-lain kepimpinan menyaksikan Tn Hj M. Sabu membakar Bendera Amerika dan Israel sebagai menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia di Kota Raja.
Aisayman, gmbr kawe msk blog tgh mkn....
ReplyDeleteWalaumacammana terimakasih kpd PAS Kws Kota Raja khususnya LPD diatas iniasatif prog. ini.
Mudah-mudah kutipan dana tersebut dpt segera disalurkan kpd pddk Palestin yg amat memerlukannya dan segala usaha suci ini mendapat keredhaanNya. Amin.........
Sekretariat Syed
Nak bagi insaf kat semua, kat tempat kita ni banyak makanan berbanding nun di Gaza
ReplyDelete