01 February 2009

Pening bebeno teman weh oii... Sekejap nak lompat ke Umno .... tup-tup letak jawatan pulak

Tengok Buletin Utama TV 3, lebih kurang pukul 8 lebih sikit... Tersenyum je Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi Ahad sahkan pada para wartawan selepas majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur bahawa akan ada lebih dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang akan lompat ke Barisan Nasional BN dalam masa terdekat.-1/2/2009

(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.

"Bila semua dah jadi tentulah kita buat pengumuman (secara rasmi)," katanya. Tersenyum manis Pak Lah disamping Zulhasnan yang tersengih-sengih mengiyakan kata-kata Pak Lah.

Dah tu tukar stesen Astro Awani, ebih kurang 8.25 malam, diumum pulak dua exco tu letak jawatan.

Kenyataan penuh ; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya. Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

“Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi. Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok

Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

Alhamdulillah mereka berdua ni dikira bermaruah juga kerana letak jawatan

N59 BEHRANG
Jumlah Pengundi: 18,552
Peratusan Kaum: M: 57.09% C: 23.44% I: 19.25 L: 0.22%

1. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) (6,771)
2. Datuk M Ramasamy (BN) (5,744)
Majoriti: 1,027
Jumlah undi: 13,027
Peratus mengundi: 70.22%
Undi rosak: 512

N14 CHANGKAT JERING
Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%

1. Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334

Oii kome deroyan dah berbunga ..... moh kita balik kampung yop....

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini