08 December 2009

Nazri oh Nazri

1. Umpama dapat peluru hidup ... Bloggers pro- PR bersorak gembira dengan tindakan Nazri yang menggelar mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "rasis giler" kerana kenyataannya yang mempertahankan program Biro Tata Negara (BTN). Tapi satu je lah kalau nak sound (chet det selalu tulis dalam blog dia sound bite) dia, baik-baiklah cikit jangan sampai orang tua menangis ... buruk benar rupanya....

 2. " Saya mahu (utusan) hentikan sindrom nafi" Warning!!! Nazri kepada Utusan yang Meloya kan ini.

Antara kenyataan menarik dan mengesankan dari beliau adalah:
  •  Kenyataan tentang Dr Mahathir: “Anda tetap seorang rakyat Malaysia sama ada anda menteri atau tidak. Jika kerana kamu tidak lagi jadi Perdana Menteri, (dan) kamu mahu semua orang menyokong kamu...(lalu) kamu hanya bercakap tentang Melayu, justru saya tidak boleh menerima komennya. Bila kamu baca blognya,memang dia rasis giler (bloody racist)". 
  • Kenyataan tentang Utusan Malaysia dan program BTN: "Semua orang tahu apa di dalam silabus BTN, jadi mengapa kita menyatakan ia tidak berlaku? Kamu (Utusan) mahu berbohong (tentang BTN)? Kamu (Utusan) membuatkan rakyat ketawa. Mereka ingat Malaysia cuma kepunyaan Melayu dan kerajaan cuma kerajaan orang Melayu? Adakah cuma orang Melayu yang perlu bersemangat patriotik, kaum lain tidak perlu bersemangat patriotik terhadap negara ini? (Bercakap) guna otaklah. Jika mereka (Utusan) tidak tahu apa sebenarnya, ia berbeza, tapi orang-orang (yang menentang BTN) ini pernah terlibat dalam BTN sebelum ini. Mereka adalah fasilitator dan pengarah dan mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku (di BTN). Marilah, tolong faham, ini bukan tahun 1961 atau 1970an, maklumat mudah diperolehi. Saya mahu mereka (Utusan) menghentikan sindrom nafi...."

Fraksi Umno punya kerja

1 Malaysia, apa pun  Umno boleh buat, yang diperlukan  hanya mengeluarkan RM ... fraksi nya akan tolong buat kerja untuk mereka. Lepas tu boleh lepas tangan dan nampak tak terlibat.

Siapa fraksi Umno kali ni? Ibrahim Ali .... oh siapa tak kenal YB tu. Dulu ada keluar berita dia nak joint Umno

Dia akan buat apa saje dengan harapan Umno akan terima dia kembali kepangkuan mereka. Baca seterusnya  dan disini

07 December 2009

Makan Malam bersama TGHH

 6 Disember 2009, PASTI dan Jabatan AMAL Kawasan Kota Raja mengadakan majlis Malam Tautan Kasih bersama Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang.

Lagi berita berkaitan : Jabatan Amal dan PASTI Untuk Membina Manusia - Tuan Guru Hj Hadi 

YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya sama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.
Baca Lagi...



Majlis yang diadakan untuk mengumpul dana pembangunan PASTI dan Jabatan AMAL berjaya menarik lebih 500 orang penderma hadir ke majlis tersebut.



 Tayangan video dan slide daripada PASTI dan Jabatan AMAL juga dipersembahkan sebagai selingan antara beberapa ucapan pemimpin yang hadir.


Antara orang kenamaan yang hadir ialah Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah binti Mahmud dan suami nya Ybhg Dr. Hakim Jaafar, YB Ir Abd Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan isteri, YB Tn Shuhaimi Shafiee ADUN Sri Muda,  Datin Sabariah Isteri TGHH, YDP PAS Kawasan Kota Raja En. Jaafar Shamsuddin, Pengerusi kelab Penyokong PAS Kota Raja merangkap Pengerusi KPP Selangor.

Di akhir majlis, anugerah Tokoh kepada YgBhg. Ustaz Hambari telah disampaikan oleh YB Tuan Guru Presiden PAS.


PASTI Kawasan Kota Raja mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha gigih semua pihak yang menjayakan majlis ini dan para penderma dana pembangunan PASTI Kota Raja. Baca seterusnya 
dan lagi disni

03 December 2009

PENGAJARAN KEPADA PEJUANG

Assalamualaikum WBT,

Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings. Dia mahu mengistiharkan perasaannya.

Rasional saya sekiranya saya tidak memberi ruang pun, beliau tetap akan menyiarkan di dalam blog lain. Dari awal lagi saya katakan yang ini "luahan perasaan beliau". Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah.... tidak rasional.

Tidak semestinya apa yang diluahkan betul dan objektif dari perspektif pembaca. Semuanya dari persepsi beliau sendiri. Selepas meluahkan, saya pasti beliau merasa lega. Walaupun selepas itu beliau mungkin akan merasa "depress" apabila membaca komen-komen bloggers.Namun ianya tetap terapeutik.

Bagi saya ada hikmahnya apa yang berlaku. Ia proses pematangan jiwa bagi menghadapi ujian-ujian yang lebih besar. Saya percaya Nik Amalina seperti berlian yang belum digilap. Ciri seorang pejuang ada padanya. Dengan sedikit pendedahan, pengalaman dan bimbingan, beliau mampu berjuang dalam medan Dewan Muslimat.

Blog yang paling awal "pick up" surat itu ialah blog Kickdafella. Komen yang masuk dalam blog saya kebanyakannya setelah mendapat berita daripada blog tersebut. Komen-komennya hampir sama.

Saya ditanya saya dipihak yang mana? Adakah saya menyebelahi menantu TGNA? Kenapa saya tidak membela YB Husam?

Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang-orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam.

Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri.

Kalau perlu sangat saya akan mengingatkan orang yang saya anggap sahabat dengan perkataan "berhati-hati dengan si anu". Terpulanglah kepada penilaiannya sendiri setelah berinteraksi dengan si polan tertentu yang saya maksudkan "si anu" itu.

Pengalaman 10 lebih tahun dalam jema'ah telah mematangkan saya dengan kerenah manusia. Kesimpulan saya, dalam perjuangan ini, survival parti dan jema'ah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi.

Semasa kita 'berjasa' kepada parti anda akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, anda akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan ditangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita.

Segar dalam kepala saya dua cerita Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kepada AJK DMPP di dalam satu pertemuan yang kami minta kerana agak kecewa dengan perkembangan di dalam parti. Pada ketika itu (tahun 2000),

DMPP di bawah kepimpinan Senator Us. Jamilah Ibrahim cuba membawa perubahan minda pada muslimat dan kami menghadapi kesukaran dan tentangan yang agak hebat dari sesetengah Dewan Muslimat Negeri.Setelah mendengar cerita Allahyarham Us Fadzil ketika itu, alhamdulillah saya mengubah cara berfikir dan cara menghadapi jema'ah.

Kebijaksanaan Allahyarham Us Fadzil, beliau tidak memberi nasihat langsung kerana dia tahu yang di hadapannya boleh berfikir semuanya dan mampu mengambil iktibar daripadanya.

Apakah cerita yang disampaikan??... Tunggu dalam posting berikut insyaallah.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini