24 May 2010
PAS Perluas Perlantikan ADUN Bukan Islam
Oleh Fazy Sahir
KLANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan terus merealisasikan peruntukan untuk melantik orang bukan Islam menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Persekutuan.
Ini kerana ketika beliau memerintah Terengganu wujud pindaan perlembagaan yang membolehkan orang bukan Islam dilantik menganggotai DUN sekiranya tidak berjaya dalam pilihan raya.
Prinsip tersebut juga mula diperkenalkan PAS ketika memerintah Terengganu antara tahun 1999 dan 2004.
Menurut Hadi, langkah tersebut juga praktikal di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Perlis memandangkan majoriti penduduk beragama Islam malah perwakilan bukan Islam di DUN berkenaan agak terhad.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Mengulas mengenai negeri-negeri lain, beliau berkata ia masih bergantung antara satu negeri dengan negeri lain.
“Itu bergantung pada kedudukan kerusi sesebuah negeri. Ia juga bergantung pada proses antara sebuah negeri dengan negeri lain,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sini petang tadi.
Ditanya tentang pemilihan calon bukan Islam dalam pilihan raya umum akan datang, Hadi menjelaskan bilangannya bergantung pada keperluan semasa nanti.
Namun ketika ditanya mengenai kuota kepada bukan Islam, Hadi menjelaskan perkara berkenaan masih belum diputuskan.
“Belum tahu lagi, (jumlah kerusi) untuk calon PAS pun belum tahu lagi, kita tidak tahu siapa yang akan bertanding.
“Kita ada pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat. Dan, kita tidak mahu pertembungan antara parti Pakatan Rakyat, kami mahu bertanding dua penjuru sahaja,” katanya.
23 May 2010
PAS Penjana Perpaduan ( PAS Leads UNITY )
KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.
"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.
Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.
Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.
Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.
Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.
Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.
Dewan Himpunan Penyokong PAS di rasmikan dalam acara gilang gemilang
Klang, 23 Mei - Dewan Himpunan Penyokong PAS telah di rasmikan oleh YB Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS, di dalam suasana yang gilang gemilang di sini sebentar tadi.
Gimik Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Presiden
LIVE: Pelancaran DHPP
Sekitar Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS
Upacara pemeriksaan perbarisan Unit Amal Selangor
Tuan Guru Presiden bersama pimpinan lain ketika jamuan pagi
Perwakilan dari seluruh negara
Kehadiran YB Dato Dr Hassan Ali selaku tuan rumah
YB Dr Mujahid
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...







