23 May 2010

PAS Penjana Perpaduan ( PAS Leads UNITY )

KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS. 

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya. 

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini