Berkaitan - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Saya tidak pasti adakah pemuda ini serious untuk meneruskan niatnya seperti yang tertulis dalam facebook tersebut. Apa pun perbuatan seperti mesti dihentikan dani menjadi pengajaran pada semua bahawa kes seperti ini boleh disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas oleh sepasukan polis jam 9.00 malam di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Laporan polis telahu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ”Nik Aziz”.
"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal siasat,” katanya.
Salam,
ReplyDelete1.Facebook adalah lambang org bersembang..kena faham tu...org bersembang tak akan menggugut...ana ingat ada org atar peluru..
2.Kalau biasa dgn facebook..anti akan dapati macam2 kutukan,lucah terhadap UMNO..tu tak salah kot..
3.Sebenarnya isu ni hanyalah utk memutihkan kehitaman yg ada pada nik aziz terutamanya slps peristiwa di Hulu Selangor....malang sekali...
4.Isu ceramah Nizar lagi bahaya..apasal tak buat laporan polis....ya le Wal HARAM mu,Wal HALAL ku...tak pa pihak kita semuanya sempurna...kan..
5.Apapun HAK ALLAH adalah betul dan tepat...insyaAllah kebenaran dan semakin hampir..Ana sangat yakin..
adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian, kelantan