11 May 2010

Infak Anda Amat di Perlukan untuk Sibu

Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Perjuangan

Saya telah berada di Sibu bermula pada hari jumaat 7 Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010  untuk membantu kempen Calon Pakatan Rakyat dari DAP yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Sibu.

Hari ini masuk hari ke 4 jentera Pilihan Raya PAS dari Semenanjung, PAS Sarawak dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat berkempen menemui pengundi untuk memenangkan calon DAP.

Kami merancang untuk mengadakan beberapa program khususnya "Program Mesra Rakyat" di lokaliti-lokati yang didiami oleh masyarakat Melayu khususnya di DUN Nangka. Kami juga berusaha memberi bantuan kepada rakyat yang hidup menderita di kawasan tersebut.

Namun perbelanjaan untuk menampung penganjuran program-program tersebut bagi menarik para pengundi menyokong calon kita amat diperlukan.

Oleh yang demikian saya MERAYU kepada seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat di seluruh negara yang istiqamah dalam perjuangan ini agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan agar program-program yang dirancang dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Sumbangan juga amat diperlukan untuk membiayai kos pengangkutan berupa sampan, bot, motorsikal dan sebagainya lagi pada hari pengundian nanti. Bagi kawasan-kawasan yang agak pendalaman kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

Untuk ketelusan saya akan keluarkan statement jumlah yang diterima dan akan disiarkan dalam blog ini nanti.

Sebagai Motivasi saya teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket dan dompet kita belum tentu jadi hak kita .... tapi duit yang kita dermakan atau infakkan ke jalan Allah sudah tentu jadi hak kita d iakhirat nanti"

Sumbangan dan pengorbanan saudara saudari dalam perjuangan ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih, moga Allah SWT menerima amalan-amalan kita.

Dr. Siti Mariah Mahmud
Sibu Serawak.

1 comment:

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini