13 May 2010

Esok kita DEMO, Apa kata mereka?

Esok Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu demontrasi berhubung  JUDI HALAL yang akan diadakan pada tarikh masa & tempat berikut:-

Tarikh   :   14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT)
Masa     :   1.30 Tengahari (Selepas Solat Jumaat)
Tempat   :   Perkarangan Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu rakyat Malaysia masih menunggu APA KATA MEREKA. Kecuali Tan Sri HARUS sani Zakaria yang membelasah DS Najib dan koncu-koncunya, yang lain masih membisu seribu bahasa. Noh Gadut pun patut beri komen.
Kalau ikut peristiwa komen dia pasal janda melacur tu : Ustazah Marshitah mungkin akan berkata  'Pada pendapatan saya jika "jika dharurah - diizinkan, untuk menampung kehidupan", kita tunggu saja lah komen beliau.

Ada seorang tu kata dia pejuang Islam paling berani & hebat, tapi sejak kebelakangan ni lepas ikut Najib pergi US sonyap pulak.

BERKAITAN : DAP LAGI BAGUS DARI UMNO

Malaysiakini melaporkan; Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang. (baca lagi, sila klik)

1 comment:

  1. “Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

    Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

    “Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

    Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

    “Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

    Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

    “Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini