07 May 2010

Budaya baru "Melayu Haprak"

"Melayu Haprak" suatu ketika dulu perkataan ini selalu diperkata dan ditulis, Benarlah bila ada yang berkata masih ada golongan 'Melayu Haprak' di bumi 1 Malaysia ini. Buruknya kelaku  gerombolan Melayu ni Tuhan saja yang maha mengetahui.

Dengan menunjuk-nunjuk isyarat lucah dan mengeluarkan perkataan yang teramat lucah, tertanya-tanya juga dalam hati gerombolan Melayu ni keluaran produk mana?

Sebagai orang Melayu yang tidak racist dan boleh bergaul dan bermufakat dengan bangsa asing dibumi tercinta ini, perangai gerombolan Melayu Haprak ini amat mendukacita dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

PM 1 Malaysia, Najib  kena tulis dan jawab dalam Weblog nya bahawa adakah beliau menyokong tindakan gerombolan 'Melayu Haprak' ini. Kalau 'Ya' katakan 'Ya' - kalau tidak apa tindakan kamu?

Jelas gerombolan "Melayu Haprak" ini memperkenalkan "Satu Budaya Baru" yang bakal dipertontonkan di seluruh dunia. Maka sesungguhnya berbangga dan berbahagialah seluruh pendokong dan penyokong kera jaan 1 Malaysia dan berjayalah APCO mengeluarkan produknya.

Mereka kata mereka mewakili Melayu, orang Melayu yang penuh dengan budi bahasa dan bersopan santun tidak mengizinkan kamu mewakili mereka.

Perkara yang paling merunsingkan saya ialah "inikah Umat Islam akhir zaman - Mahu mengakukah Nabi Muhammad SAW bahawa inilah Umat Ku .... Umat Ku ... Umat Ku"


No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini