30 May 2010

Petugas Pilihanraya Umno di tipu pemimpin mereka

HULU YAM – Beberapa belia yang ditugaskan melakukan kerja-kerja pembersihan dan penurunan poster, kain rentang dan bendera Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor lalu menuntut supaya bayaran dijanjikan dijelaskan segera.

Mereka mendakwa dijanjikan bayaran tertentu sebagai upah melakukan kerja tersebut sehari selepas BN diumumkan memenangi kerusi Parlimen ini.

Salah seorang petugas terbabit, Mohd Arif Mokhtar, 34, berkata, dia dan beberapa rakan lain sepatutnya dibayar sebaik kerja yang diarahkan telah dilaksanakan.

Tetapi katanya, setelah lebih sebulan dijanjikan, bayaran yang hanya berjumlah RM2,500 itu masih belum dijelaskan.

“Kami diminta melakukan kerja-kerja tersebut oleh seorang yang bergelar Datuk yang juga bekas wakil rakyat BN di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Saya sendiri telah bercakap dengannya menerusi telefon dan beliau mengarahkan kerja-kerja itu dilakukan segera bagi mengelak didenda.

“Tetapi, setelah semuanya selesai, bayaran yang dijanjikan tidak dijelaskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Arif berkata, jumlah RM2,500 itu ditetap berdasarkan kos pengangkutan yang disewa selama tiga hari untuk melakukan kerja-kerja tersebut selain bayaran pekerja.

Menurutnya, kerja-kerja itu dilakukan di sekitar Hulu Yam meliputi tujuh buah kampung dan lima taman perumahan termasuk di jalan-jalan utama.

Sementara itu, menurut seorang lagi pekerja, Mohd Faiz Rosli, 28, berkata, dia agak terkilan dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin terbabit sehingga sanggup menipu.

Menurutnya, sebagai belia, dia kecewa kerana semangat mereka berkempen sebelum ini termasuk melaksanakan tugas yang diberikan dibayar dengan perbuatan sedemikian.

“Pada awalnya, kami tak rasa akan ditipu kerana dijanjikan oleh seorang yang berpengaruh dan kerap mendesak supaya kerja-kerja penurunan poster dan bendera itu dilakukan segera.

“Tetapi, malangnya pemimpin itu menipu dengan alasan yang pelbagai,” katanya.

Mohd Faiz berkata, kesanggupannya untuk melaksanakan kerja-kerja itu didorong rasa semangat atas kemenangan calon BN, P Kamalanathan yang menang di PRK lalu.

Tetapi, sebagai belia kampung berkenaan dia kecewa kerana ditipu oleh pemimpin berkenaan.

Shafri Rashid, 49, pula berkata, sekiranya bayaran itu tidak dijelaskan, tindakan laporan polis akan dibuat.

Selain itu, dia juga akan membawa perkara itu ke pengetahuan pemimpin atasan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1 comment:

  1. Kah kah kah...

    Padan muka korang kena tipu dengan umno.

    Hu hu huuu...

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini