01 May 2010

Lakunan 'kick' menuju puncak.

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Baru-baru ini Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Komen : Penulis yakin 'kick' memang mahu sampai pada tahap ini supaya beliau boleh jadi popular dan kes dalam tulisannya menjadi besar. Nampak ada persepakatan dengan somebody, akhirnya nanti akan ramai orang kelantan dalam kerajaan dan parti yang akan dimalukan.

Satu perancangan yang baik tapi mudah dihidu. Kita semua maklum siapa dibelakang beliau kini.

AWAS!!!! APCO

2 comments:

  1. nik ismail,
    saya setuju nampak sangat ada pemain politik disebalik dakwaan 'kick'.

    ReplyDelete
  2. Dia dak tukar, image muka toye dia kat weblog nya. Teruk sungguh manusia nie, Berdoalah agar anak cucu dan generasi kita tak jadi manusia hipokrit seperti ini.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini