11 May 2010

Pesta

Alhamdulillah, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor berjaya dilangsungkan dengan meriahnya di padang Dewan Sukan Klang Andalas semalam. Sebanyak 19 Kontinjen PASTI Kawasan telah menyertai pesta sukan kali ini dengan penuh semangat kesukanan dan ukhwah. Pesta Sukan ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Tahniah kepada 2 pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Kota Raja yang mempamirkan daya juang yang tinggi walaupun gagal ke final ketika beraksi menentang pasukan-pasukan lawan. Pasukan bola sepak Kota Raja pula terpaksa akur dengan kehebatan Pasukan Hulu Selangor di separuh akhir walaupun menjadi juara kumpulan pada peringkat awal. Semuga di tahun hadapan, skuad kita akan lebih menyerlah lagi. Tahniah kepada PASTI kawasan Serdang yang mengungguli kejuaraan bola sepak dan bola jaring pada tahun ini.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara besar ini terutama kepada petugas-petugas daripada PASTI dan MGP Negeri Selangor, PASTI dan MGP Kawasan-kawasan, DPP Kota Raja, Briged Muslimat dan Nisa', Jabatan Amal Kota Raja dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga kepada YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar bin Shamsuddin, Ahli Majlis MPK Zon 49B, Tn Hj Termizi bin Ismail yang banyak membantu melicinkan perjalanan Pesta Sukan Negeri Selangor 2010.
Kemeriahan di tapak program Pesta Sukan PASTI
Ketibaan YB Dr Halimah disambut Timbalan Pengarah PASTI dan Ketua MGP Selangor
Kontinjen PASTI Kota Raja ceria di acara perbarisan
Ikrar Sukan
Pasukan Bola Sepak Kota Raja bergambar bersama Cikgu Jaafar (YDP), En Zainal (KPP), KKPP, En Azman (PASTI Kota Raja) dan Jurulatih
Pasukan Bola Jaring Kota Raja bertemu pasukan Gombak

Scoreboard bola sepak

Bahagian Pendaftaran
MGP Kota Raja yang bertugas hingga akhir program
YDP Cikgu Jaafar dan Ahli Majlis Hj Termizi turut mengunjungi Pesta Sukan
Sdr Ryne, Pengerusi PASTI Kota Raja berucap di majlis penutup

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini