02 May 2010

PERKASA tidak rasis, kata ahli MT Umno


Mei 2, 10 10:52am
Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata adalah tidak adil untuk melabelkan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai sebuah pertubuhan yang rasis hanya kerana ia mempertahankan kedaulatan perlembagaan.

Katanya apa yang diperjuangkan pertubuhan itu bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan atau 'mencuri' hak mana-mana pihak sebaliknya memperjuangkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"PERKASA bukan rasis...tidak ada rasis dalam kamus budaya orang Melayu, rasis hanya berlaku di barat kerana kita tidak pernah melakukan penghapusan etnik.

"Bila PERKASA mempertahankan ketuanan Melayu, ia sebenarnya soal megah bangsa, soal maju bangsa dan bangga bangsa," katanya semasa berucap melancarkan Tabung Pendidikan dan Kebajikan Jaguh Care di ibunegara malam tadi. Penubuhan tabung tersebut oleh Kelab Jaguh bertujuan membantu penduduk Pasir Mas, Kelantan yang bermastautin di luar negeri itu, terutama dalam soal pendidikan dan kebajikan.

Puad yang juga timbalan menteri pelajaran berkata terdapat juga pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempertahankan dan memperjuangkan apa yang mereka kehendaki, namun tiada pihak yang melabelkan pertubuhan tersebut sebagai rasis.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu, Puad (foto) berkata tuduhan yang dilemparkan sesetengah pihak mengatakan Umno sebuah parti rasis sehingga menyebabkan peratusan pengundi Cina menurun dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu, adalah tidak tepat.

Comment: Meminjam kata Lim Kit Siang, UMNO is outsourcing Malay extremist action via PERKASA (read my lips : PER KO SA). Tindakan PERKOSA sudah cukup untuk menyebabkan ia di lebel sebagai extremist. Puad menafikan UMNO adalah parti racist padahal selang beberapa hari yang lepas Mustapha Mohamed mengakui yang UMNO adalah parti racist. Lihat rencana "Long Road Still ahead for UMNO". Ni lah timbalan menteri pelajaran UMNO. No wonder when I interviewed Malaysians graduated from public U, out of 100 candidate, less than 10 qualified for an interview an no one taken for the job.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini