Alhamdulillah selepas Solat jumaat bertempat berhampiran Masjid Datok Dagang Kampung Jawa, Jalan Kota Raja, Jemaah Masjid bersama-sama PAS Kawasan Kota Raja serta Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja telah berjaya menganjurkan Demo bagi membantah serta memprotes tindakan Dato sri Najib dan Kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan judi bolasepak Piala Dunia 2010.
Tindakan tidak bermaruah oleh kerajaan Barisan Nasional ini sepatutnya WAJIB tidak di Redhoi oleh orang Islam tidak kira Umno, PKR atau PAS.
Malangnya sikap ahli Umno yang diam menunjukkan seolah-olah mereka rela bersekongkol dengan pimpinan mereka yang menghalalkan Judi ini.
Apa pun tahniah kepada lebih 30 orang yang sanggup berdemo semalam.
No comments:
Post a Comment