Kami petugas dari Kota Raja ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pengundi SIBU yang begitu berani membuat perubahan dengan mengundi DAP/ Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ini.
Terlalu tipis harapan diberikan kepada calun kami, tetapi akhir BN tersungkur di Bumi Kenyalang. Bertugas di kawasan pengundi Melayu di DUN Nangka & kampun Hilir seolah-olah penduduk disana umpama ketinggalan 10 tahun kebelakang berbanding Semenenjung.
Berbeza dengan rakyat semenanjung anak-anak kecil melayu yang mandi manda terjun dari rumah dan bot di Kampun Hilir tak kenal pun TGNA. Bila ditanya yang meraka kenal cuma PAS dan Anwar.
Tapi dalam diam ibu dan bapa mereka sebenarnya merupakan pengundi yang amat berani untuk melakukan perubahan walau pun setiap malam Markas PBB/BN meneyediakan makanan free ayam bakar dan satay untuk penduduk kampung dan program Hidayah yang diadakan dimasjid berhampiran yang berbondong-bondong mereka pulang bawa beg berisi entah apa, tapi mereka memang pengundi yang berani.
No comments:
Post a Comment