16 May 2010

Update : Petanda Aras : Serawak bukan lagi Fixed Deposite Barisan Nasional

Kita telah peringatkan jangan dilawan hukum Tuhan yang mengharamkan judi, tapi UMNO BN lawan jugak, akhirnya terkangkang di Sibu sekalipun Pakatan Rakyat sendiri melalui jalan sukar untuk mencapai kemenangan di situ.
Namun, kuasa Tuhan, sekalipun BN merasa begitu angkuh akan mencapai kemenangan di Sibu dengan lansung tidak menghiraukan panggilan kepada kebenaran dan keadilan, akhirnya dihukum di kerusi Parlimen Sibu.

Difahamkan majoriti pengundi Melayu Melanau khusus nya lebih kurang 5000 dari DUN Nangka yang menjadi penentu keputusan PRK Sibu telah menolak BN.
Rasuah politik Datuk Seri Najib Razak yang membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini. Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek miengatasi banjir di Rejang Park.
Masyarakat Sibu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah tidak hairan dengan habuan juta-juta Najib, kecuali katak-katak yang melompat tempohari.
Najib boleh tabur wang juta-juta lagi untuk memahat dirinya sebagai PM namun kuasa Tuhan tidak akan mampu dibendung dan dilawan sepertimana tewasnya Qarun dengan hartanya bedepan kuasa Allah.

1 comment:

  1. Taib Mahmud dh boleh kemas2 barang, ada baiknya keluar secara baik sebelum dihambat keluar secara hina dari singgahsana air mata rakyat!

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini