04 May 2010

Internet jadi ancaman baru kepada pemimpin

KOTA RAJA - Polis diminta menyiasat secara terperinci berhubung ugutan bunuh seorang lelaki dalam laman sosial Facebook terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 29 April lalu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Raja, Zainal Said berkata, siasatan perlu disegerakan kerana kita tidak mahu laman sosial dan Internet menjadi satu ancaman baru terhadap pemimpin dan orang ramai.

“Malah jika ia tidak dibendung, ia boleh menjadi satu platform kepada pihak bertanggungjawab untuk menimbulkan kerisauan kepada masyarakat di negara ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memandang serius ugutan bunuh itu memandangkan Nik Aziz merupakan seorang Menteri Besar selain memegang jawatan tertinggi dalam parti di negara ini.

Zainal berkata, siasatan itu perlu kerana ia membabitkan soal keselamatan seorang pemimpin dan ulama yang disegani serta boleh memberi kesan terhadap kredibiliti Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau berkata demikian ketika membuat satu laporan polis di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam bersama ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Raja yang lain.

Menurutnya, tindakan itu menggambarkan sikap melampau dalam berpolitik sedangkan pelbagai cara lain boleh diguna pakai untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah pihak yang berlainan hala tuju dalam perjuangan mereka.

“Tindakan itu menggambarkan sikap yang tidak matang dalam melepaskan kemarahan selain mendatangkan ancaman kepada seseorang individu.

“Kita percaya, polis akan menjalankan tanggungjawab mereka dan berharap ia tidak menjadi satu budaya baru yang boleh mengancam ketenteraman awam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini