10 May 2010

Berkempen di Kg Hilir (rumah air) DUN Nangka

Salam Sejahtera

Apa khabar sahabat dan rakan seperjuangan di rahmati Allah.

Semalam kira-kira jam 10.00 pagi kempen PRK Sibu diteruskan dengan mengunjungi penduduk-penduduk Kampung Hilir, DUN Nangka, Parlimen Sibu Serawak.

Kedatangan rombongan kami yang disertai oleh Calun Wong Ho Leong, YB Khalid Samad dan YB Dr Siti Mariah telah disambut dengan mesra oleh penduduk Kampung. Mereka juga memberi isyarat yang jelas bahawa mereka memang mahukan perubahan.
Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang masuk hari ketiga hari ini memperlihatkan jentera PAS terus memainkan peranan aktif menjelaskan segala persepsi negatif terhadap Islam yang ditanam Umno BN.

Semua saluran yang ada diguna sebaiknya termasuk ziarah rumah ke rumah yang dilihat paling berkesan mencapai matlamat itu.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata selain ziarah, PAS juga membuat edaran risalah, kuliah selepas solat, ceramah dan jamuan bagi bertemu masyarakat setempat.

"Pemuda PAS termasuk ahli-ahli parlimen kita, mengikut jadual yang diatur oleh DAP.

"Kita tumpu kepada memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam di sini berhubung Islam dan perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Mengulas kempen pihak lawan Firdaus berkata, Umno BN masih mengekalkan teknik kempen cara lama iaitu menanam sikap perkauman kepada masyarakat.

Poster dan billboard BN katanya sering membawa mesej provokasi perkauman.

"Walaupun Umno BN guna cara macam tu, tapi saya rasa orang di sini sudah faham politik.

"Kehadiran PAS saya lihat seperti ditunggu-tunggu, dan mereka layan kita seperti sudah bersedia membuat perubahan," katanya lagi.

Mengulas penerimaan rakyat kepada kedua dua calon, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian, namun meletakkan aras 50-50 untuk Pakatan Rakyat menang pada PRK itu.

Sehingga kini lebih 700 jentera PAS dari semenanjung telah berkampung di sana sejak sebelum penamaan calon lagi.

Dan dijangka PAS akan menghantar lebih ramai jentera mereka bagi membantu calon kempen DAP.

Lagi berita-berita bergambar sekitar kempen di Sibu : sila klik Sekitar kempen Khalid Samad & Dr Mariah di Sibu

Berita & gambar kiriman : Sdri Aiman Athirah Al Jundi (We Are Brothers) : Sibu Serawak

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini