11 August 2010

Alim-Alim Kuching

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan.

"Pemimpin berkenaan seolah-olah 'alim-alim kucing' kerana mencabar ianya ditutup sepanjang bulan Ramadan sahaja.

Katanya, setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin UMNO. Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim,” katanya.

Sebelum ini, Noh mencabar Kerajaan Negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu bagi menghormati bulan Ramadan dan mengelakkan tuduhan Pas berada di bawah telunjuk DAP.

Malah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo juga pernah mencabar kerajaan negeri Selangor menutup premis perjudian dan rumah urut.

10 August 2010

Tawaran terhebat untuk semua

Sejak Maghrib tadi surau telah meriah, lebih ramai kehadiran daripada biasa. macam dah terasa puasa akan bermula esok.

Sebahagian AJK, Imam dan bilal tak balik, mereka mempersiapkan tambahan tempat solat digaraj motosikal, kata Imam tempat ni boleh muat 100 jemaah. Bahagian muslimat dah siap petang tadi, khabarnya ramai yang datang memasang langsing penghadang yang baru, kreatif muslimat tahun ni (ditengah langsir ti dipasang kain jarang - katanya tak payah nak bukak tutup ketika tazkirah)

Selepas pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa esok Puasa, Bilal berkejar memanggil AJK Jemaah untuk sama-sama membaca Al Fatihah 7 kali seterusnya bergema Takbir 3 kali sebagai menunjukkan kebesaran Allah dan kegembiraan kerana sempat bersama Ramadhan pada tahun ini dan merebut pelbagai anugerah Allah.

Sebagai dijangka kehadiran untuk solat Isya dan tarawikh meningkat berganda-ganda daripada hari biasa. Semua ruang penuh sesak termasuk tempat simpan kasut pun orang gunakan untuk solat.

Saya tak tahu sampai bila jemaah boleh konsistan hadir setiap malam sepanjang Ramdhan. Selalu orang kata semakin lama saf semakin maju kedepan. Itu mungkin jika tiada yang menarik. AJK kena kreatif dan kami membuktikan saban tahun bahawa Surau kami iaitu Surau Al Ikhwan Taman Setia menjadi tumpuan jemaah yang berminat dengan majlis Ilmu, dengan saban tahun tazkirah akan bermula dari 1 Ramadhan hingga 29 Ramadhan dengan memanggil ramai penceramah hebat dari luar, surau ini sangat menjadi tumpuan termasuk jemaah dari luar

Dengan Imam jemputan pelajar Maahad Tahfiz Al-Azhar, Al Subro, Kaherah, Ustaz Mohamad Helmi bin Imam Muhd Said (anak Imam Surau - Imam Muhd Said), tarawikh kali ini sungguh khusuk dan mengasikkan walau pun pada mula nya terasa panas.

Akhir kalam 'Selamat Berpuasa' dan rebut lah :-

08 August 2010

Antara gila meroyan, gila talak & tak reti bahasa

Apakah jenis yang paling sesuai digelar untuk orang gila meroyan macam Awang ni .
Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.

Ini pula tulisan balas penarik beca

Selepas berjaya memperbodohkan PAS supaya tolong dia selepas 1969 dulu, Umno kuat balik. Bila dia kuat, bukan main lagi dia berlagak. Bukan setakat berlagak, siap bunuh orang-orang PAS di Lubok Merbau dan Memali (di Lubok Merbau, orang tetap mendakwa penghasut besar kepada keganasan yang mengakibatkan Asy-Syahid Othman Talib terbunuh itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak).

Bila dia kuat, Umno bukan sahaja jahat malah dia jadi pengganas. Bunuh orang. Menipu, mengkhianati, mengganasi dan membunuh orang-orang Melayu Islam adalah jasa Umno kepada Islam.

Bukan orang PAS sahaja yang kata, aku pun selalu kata, Umno la ni dah tak larat nak bergerak sorang-sorang. Dia perlu orang lain tolong heret dia berjalan. Dia perlu orang tolong jaga dia. Orang yang biasa hidup disusukan rasuah mana boleh hidup kalau tak pijak kepada orang lain.

Umno menampakkan dirinya sangat memerlukan PAS kerana dia nak kenyangkan nafsu jahatnya nak terus berkuasa serta berak kencing atas kepala PAS. Bila sebahagian orang PAS tak nak (bukan semua, sebab ramai juga di dalam PAS yang tergedik-gedik nak sangat saling berjilat dengan Umno), dia marah macam syaitan. Memanglah, iblis kalau tak ikut jejak dia memang dia mengamuk sakan!

Di bawah ni marah gila ni! Nampak sangat-sangat dah dirasuk syaitan.
Apa jasa Pas?

Mingguan Malaysia (8/8/10): Awang hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.
Ni antara punca marah
Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

Harakahdaily (8/8/10): Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dakwaan kononnya Umno sebagai parti pembela Melayu hanya retorik setelah merasai semakin terhimpit.

"Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.

"Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.

"Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Besar itu mendakwa tuduhan kerajaan Islam tidak mampu membawa kemajuan sengaja dicetuskan oleh golongan sekular bagi mengancam kepada proses pengembangan Islam secara keseluruhan.

Beliau berkata, bahkan itulah juga antara punca menyebabkan orang bukan Islam terasa jauh dengan Islam.

“Apa tidaknya, apabila mereka cuba hendak rapat dengan Islam, dikatakan Islam mundur, Islam tidak dapat membawa kemajuan.

"Benda-benda begini telah menimbulkan masalah dalam masyarakat hasil daripada ajaran sesat golongan sekular terhadap Islam," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan tidak berminat untuk melayan mana-mana individu mencabarnya untuk berdebat dalam sesuatu isu khususnya tentang Islam kecuali ia membabitkan pemimpin dari kalangan Umno.

“Saya lawan umno. Saya tak lawan individu tertentu. Bukan kerja saya lawan budak-budak kampung,” katanya semasa ditemui selepas menyempurnakan akad nikah anak Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussien, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah yang mencabar berdebat sekiranya apa yang didakwanya adalah tidak benar.

Abdullah kerap mengkritik Mursyidul Am PAS itu kerana berpendapat telah mengeluarkan kenyataan yang seringkali menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengibaratkan tindakan Abdullah tidak ubah seperti individu yang hanya “menumpang semangkuk” dan tidak perlu dilayan.

“Ikut dialah, saya nak debat dengan Umno. Umno lawan saya.

"Ibarat kalau kata Joe Frazier nak lawan Muhammad Ali, dia (Muhammad Ali) akan terima, tapi kalau Muhammad Ali nak lawan orang macam saya dia akan kata menang awaklah.

“Begitulah juga saya, ambil ke dialah (Abdullah). Dia hanya nak tumpang semangkuk,” katanya.

Tuan guru Mursyidul Am menyempurnakan akad nikah anak kedua Huzaimi di Masjid Muhammadi Bachok yang turut dihadiri Yang Dipertua PAS kawasan, Datuk Omar Mohamed.

07 August 2010

Misi bantuan kemanusia Munirah Care

Johan Setia, Parlimen Kota Raja - Misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia tentang keperitan hidup penduduk di sana akibat kezaliman Israel sejak berpuluh tahun.

Pengerusi Munirah Care yang terletak dii Kampung Johan Setia, Tn Tarmizi Ismail merangkap NYD PAS Kawasan Kota Raja (gambar) berkata, prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, pihaknya mengambil inisiatif menghantar wakil untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke sana.

Menurutnya, bantuan yang diberikan adalah hasil sumbangan yang dikumpulkan daripada orang perseorangan, pertubuhan kebajikan dan pihak yang prihatin dengan penderitaan warga Palestin yang saban hari ditindas rejim Zionis.

“Misi ini adalah program kebajikan pertama Munirah Care dan kita akan mempelbagaikan program terutama menjelang Ramadan kelak.

“Malah kita bercadang untuk meneruskan misi terutama dalam aspek pendidikan dengan menaja 145 pelajar di Bangladesh nanti,” katanya.

Sementara itu, wakil Munirah Care, Nor Azli Musa berkata, dia terharu dengan pemilihannya sebagai wakil Munirah Care dan berjanji akan menjalankan amanah sebaik mungkin untuk membantu rakyat Palestin nanti.
Menurutnya, pemergiannya bersama 45 sukarelawan membawa misi yang begitu besar dan di sana sukarelawan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing.

“Saya berperanan untuk membuat kajian masjid sekitar Gaza untuk diusahakan bantuan pada masa akan datang dan berharap ia berjaya terutama menjelang Ramadan ini.
“Malah kita juga akan sedaya upaya untuk memasuki kawasan itu melalui apa jua cara bagi memastikan bantuan ini dapat disampaikan terus kepada rakyat Palestin nanti,” katanya.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini