04 November 2010

Update dari Galas (3) : Suhakam di Pusat Pengundian

Apa nak jadi, mana-mana pusat pengundian yang kontigen Selangor bertugas pasti keadaan jadi panas.

Panas tidak mengapa janji keselamatan semua orang termasuk pengundi dan perayu undi terjamin. PAS sebagai sebuah parti yang mengamalkan disilin yang tinggi dikalangan ahli meletaskan petugas keselamatan sendiri bagi mengawasi gerak geri perayu agar menjaga batas-batas yang telah ditentukan serta tidak mencemah agama Islam.
Di Pusat Pengundian Sek Men Indra Putra Gua Musang - Suhakam telah mendirikan khemah dan pusat aduan ramai bagi mengawasi perjalanan pilihanraya kali supa dijalankan dengan telus dan adil. Baguslah mereka datang dan teruskan ditempat lain, kita mahu keadilan ditegakkan dan ada lah tempat mengadu.
 lagi berita klik

Live dari Galas : D-day

Bagi calun, pemimpin PAS/PR, penyokong dan pendokong PAS telah berusaha sahabis baik bagi memastikan kerusi Galas dapat dipertahankan buat kali ke 2 selepas PRU 12 yang lalu.

Ada pemimpin dan petugas parti yang telah berkampong sejak hari penamaan calun lagi, hanya Allah yang dapat membalas segala kerja baik yang tuan puan lakukan.
 Hero Kota Raja di hadapan Pusat Mengundi Sek Men Indra Putra Gua Musang

Ada anak yang ditinggalkan ibu mereka. ada suami yang terpaksa menggalas tugas didapur dan pelbagai lagi pengorbanan yang dilakukan oleh semua petugas PAS/PR. Ini lah perjuangan yang tidak pernah mengharapkan sebarang imbuhan melainkan ikhlas demi Allah SWT.
Tauladan : Makcik ni berumur 70 tahun tapi masih gagah merayu undi untuk PAS

Bagi para pengundi Galas anda telah diperlakukan dengan seamat-amat mulia oleh semua para perayu undi baik dari PAS/PR juga dari UBN. Anda tidak mungkin dirayu sebegini oleh mana-mana pihak jika tiada pilihanraya. 

Hari ini adalah hari penentuan, keputusan di hujung jari anda, kami telah meminta dari anda dan diteruskan dengan bermunjat kepada Allah SWT supaya anda diberi petunjuk agar menyokong perjuangan yang ada didalam ramai para alim ulamak yang tentunya anda ingin bersama mereka.
 Taklimat di Bilik Gerakan lepas subuh sebelum pergi berjuang
Berita bergambar menyusul lagi di   http://drsitimariah.blogspot.com/

03 November 2010

Malacca developed status self-declared, says OECD official

Perkara Biasa yang dilakukan oleh puak UMNO. Jenis kurang cerdik, tu yang jadi syok sendiri tu. Read below.

(TMI) The Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) has confirmed that it had not endorsed Malacca’s developed state status, despite the declaration by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made during a grand celebration on October 20.

OECD representative Jon Hall explained to The Malaysian Insider via email that the media could have misunderstood OECD’s role in the issue, pointing out that the organisation was not in the position to make such an endorsement.

“The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so.

“As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria,” he said

01 November 2010

Kempen bersama DAP

Sila layari weblog YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang Galas By-election campaign..

Umno memang tidak suka bila DAP membantu calun PAS dalam PRK Galas atau mana-mana Pilihanraya di Malaysia. Itu hak Umno dan tiada siapa yang boleh menghalang presepsi buruk mereka terhadap DAP. 

Bagi PAS bermula dari kepimpinan tertinggi hingga ke ahli Cawangan perubahan sikap DAP terhadap orang Islam dan Melayu adalah satu anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Bila ini berlaku sudah tentu PAS gembira dapat bekerjasama dengan DAP walau ini dibenci Umno.

Di Galas Umno sudah tentu merasa selesa dengan kenyataan MCA Kelantan bahawa peratusan orang Cina yang menyokong UBN adalah amat tinggi berbanding yang menyokong PAS. Ini kenyataan yang betul-betul baik untuk Umno dan tidak perlu bersusah payah lagi disamping sokongan kalau dilihat bendera UBN yang banyak di POS Broke Lojing sudah tentu mereka juga akan menang besar disana. Jika anda dapat melihat satu-satu nya bendera PAS di pasang diatas bukit berhampiran sekolah kebangsaan, itu lah yang kami mampu laku hingga kini.

Di Galas juga pimpinan DAP membukti kesungguhan mereka membantu calun PAS Dr. Zul bagi memenangi PRK ini.

Hampir setengah hari kami Sekretariat Parlimen Kota Raja cuba mengikuti dan bersama mereka berkempen di Galas.

Berkempen di hadapan Bilik Gerakan DAP di Bandar Gua Musang. Anda boleh lihat kesungguhan MP Serdang YB Teo Nie Ching berkempen untuk PAS.

Mesej buat DS Najib

Assalamualaikum wbth

Kepada DS Najib, Perdana Menteri Malaysia

Didoakan semoga DS cepat sembuh dari penyakir cacar yang dialami. Berehatlah dan makanlah ubat serta ikuti lah nasihat doktor. Tidak perlu bimbang tentang negara, Polis kan ada, Insa Allah negara aman dan selamat. walau pun ada 2 PRK serentak dijalankan. Dah sihat nanti bolehlah menjalan tugas seperti biasa, sementara tu bagilah tugas kepada pemangku dan jurucakap DS yang paling DS percayai, tak kiralah siapa, asalkan orang tu paling rapat dengan DS... Amin.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini