05 December 2010

Polis tak perlu Mengganas sebegini

Gambar ini menceritakan apa yang berlaku sebenarnya di hadapan Stesyen KTM berhampiran Masjid Negara, Polis bagai dirasuk membedil berpuluh-puluh peluru kearah kami tanpa rasa ehsan walau pun  Negeri ini ialah Selangor Darul Ehsan.

Tidak cukup dengan bedilan asap beracun, kami juga dibedil dengan meriam air yang mengandungi asid yang sungguh menyakitkan.

Awalnya, aman aje .. penulis dan rakan-rakan bergambar bersama YB Jawa.
 Rilek je brother ni diatas tangga menuju Masjid Negara
Aci ni bagus betul, kalau anda lelaki sihat walafiat yang mengaku pejuang tapi tak ada apa hal dan berada di Lembanh Klang, duduk terkangkang dirumah, boleh fikir semula layak ke tidak dengan gelaran itu.

 YB Dr Zul
 Kain pemidang gergasi
 En Kamaruddin (janggut putih jadi OKT) pada hari ini
 YB ku YB Shuhaimi, ADUN Sri Muda ... mana baju merah YB
 Ketua Peneranga PAS Kota Raja sedang memberi penerangan kepada sahabat Cina.
 Abang Mat ... dipanggil khas oleh MB Selangor untuk mempengerusi dan merangka strategi perhimpunan kali ini.
 Syed Shahril
 Bersama cikgu Bard
 Solat Zuhor

 15000 sedang menanti untuk berarak ke Istana Negara.
 Pimpinan Mahasiswa
 Suasana di anjung Masjid
 MB sedang berucap
 Barisan depan perarakan bersama ADUN dan Ahli Parlimen
 Lega .... Cikgu Bard bagi tahu, istana beri lampu hijau dan polis bagi kerjasama untuk berarak mengiringi MB ke Istana bagi menghantar Memorundum
 Mula berarak dengan tenang disamping mendengar ucapan dari Mat Sabu
 Meneruskan langkah ke istana dengan tenang dan gembira disamping mengiringi ungkapan kata-kata oleh Cikgu Bard bahawa siapa larang rakyat bertemu YDP Agong dianggap derhaka.
 Alamak samapi depan Stesyen KTM, STOP pulak, lepas nampak Polis Tarfik bermotosikal minta laluan, sah dibelakangnya kereta MB dan Exco YB Iskandar. Lepas sahaja kereta MB dihadapan FRU, terdengar lebih kurang 4 das tembakan amaran keudara. Cikgu Bard, Dr Mariah, Mat Sabu, YB Teng, dan semua pimpinan negeri dan Parlimen Selangor dan WP terus minta laluan dari hadangan polis untuk ke istana.
 Ni dia yang kami dapat, bedilan demi bedilan membuatkan semua lari lintang pukang menyelamatkan diri.
 Brothe ni dari hulu Selangor lenjun kena bedil meriam air. tak boleh tahan katanya.
 Kami berundur, dan mara semula bila Polis tidak bertindak membedil kami.
 Kami mara semua kehadapan menghala Polis.
 Polis membedil semula kearah orang ramai.
 Semakin lama semakin dahsyat tanpa henti
 Polis semakin menggila, Ini pula bedilan meriam air jarak jauh
 Tak cukup dengan meriam air diteruskan pula dengan bedilan peluru asap beracun, ini betul-betul tak boleh ooooo.
 Pemimpin mahasiswa berundur dan meneruskan ucapan dianak tangga menuju masjid negara
 Peserta memijak t-shirt syabas

Otai reformasi jalanan Pemuda PAS Ust Ridzuan Md Nor .... sedap dengar ucapannya berapi-rapi. depan Ust ridzuan ialah berkopiah putih ialah Tn Hj Hakim, Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja bersama AJK PAS Kawasan Sdr Kamaruddin dan Pemuda PAS Kota Raja Sdr Adan Abd Karim ditahan Polis ketika Polis menyerbu Masjid dan menangkap OKT. tahanan dibawa ke IPD Cheras. YB Dr Mariah memaklumkan bersama Sdr Majid, Sdr Iksan dan Sdr Azizi ke IPD Cheras untuk memberi sokongan moral kepada OKT berjumlah 52 orang dan cuba membebaskan mereka.
 Rishamuddin Rais, seakan tahu apa akan berlaku meminta lapangkan ruang tangga kerana katanya pasti polis akan datang, tapi ucapan tetap diteruskan
 10 minit lepas tu betul-betul ratusan polis menyerbu dan cuba menangkap orang ramai dan mengejar kami hingga kedalam masjid tanpa buka kasut. Suasana jadi kelam kabut didalam masjid, orang ramai lari mundar mandir.
 Ketua AMK ditemui berhampiran Masjid
 YB Tian Chua juga ada dfisana selepas cuba merempuh pertahan polis.
 Orang KUAT Dewan Muslimat ni ... siapa tak kenal rugi ....
 Nampak stecher datang menghala saya.
 Dia kena serangan jantung akibat keganasan Polis
 Kesian mamat ni, ambulan membawanya kehospital
 YDP PAS Kota Raja bersama Ketua Kampung Johan Setia.
 Terkejut ... Kak Hanim orang kuat LPN PAS Pusat datang menegur saya
 Terduduk YB Shuhaimi ... keletihan agaknya.
 En Adam KC Tmn Setia berbincang dengan YDP PAS Kawasan
 YB Dr Xavier dan YB Zuraidah berbincang serious.
Barisan OKT selama 5 orang (Pemuda PAS Kota Raja) antara yang paling awal ditahan polis dihadapan muzium negara ... kira-kira jam 11.00 pagi .... mereka ditahan dalam lori polis dan dibebaskan menjelang waktu Zuhor .... bagus jugas polis ni.

04 December 2010

إنا لله وإنا إليه راجعون

Terima SMS dari Ust Wan Ji tadi ........

Setulus ta'ziah diucapkan kepada blogger ~penarik beca atas kembali ke rahmatilLAH anak lelaki beliau petang tadi. Semoga al-marhum tergolong dalam senarai syuhada was solihin.

Semoga ibu-bapa beliau tergolong dalam golongan yang sama, yang kuat bersabar lagi semakin kukuh iman.

Kenaikan harga runcit & jawapan standard DS Najib

Harga runcit bagi petrol, diesel, gas asli cecair (LPG) serta gula di Malaysia masih rendah berbanding di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand ..... entah sudah berapa puluh kali itulah  jawapan budak darjah satu, iaitu gred @ standard yang paling layak diterima oleh DS Najib dan kuncu-kuncu kabinet Malaysia nya dalam menipu dan memutar belit penyokong dan pengundi Barisan Nasional setiap kali bahan api dan barangan runcit dinaikan.

Jika mereka dikalahkan dalam PRU akan datang mungkin mereka punya sedikit masa untuk belajar menjadi pelajar pintar atau sekurang-kurangnya naik belajar keperingkat menengah  supaya jawapan tidak lah sama setiap masa. Anda penentu masa depan mereka : RAKYAT HAKIM NEGARA.

03 December 2010

Memutar belit tajuk berita

Bloggers pro pembangkang sibuk belasah Kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkenaan kenaikan 4 barangan termasuk petrol, diesel, LPG dan gula serta jangan lupa di Selangor ada satu lagu kenaikan maha dahsyat berjumlah 37% harga air oleh Rozali.

Tapi Bernama mengeluarkan tajuk "Kerajaan TURUN kan subsidi petrol dan gula"  .... ha  ha, bijak-bijak .... siapa yang mereka perbodohkan?

01 December 2010

TITM benar dalam hal ini

Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

 "Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.

TITM bercakap secara telus dan benar, saya yakin ramai yang akan mempertikaikan kredibiliti beliau selepas ini. Tidak mengapa itu hak masing-masing. Saya bersama TITM dan bersikap realistik. Mari kita bercakap tentang Daftar Pemilih sudah mencukupi, check dengan SU JPrN Selangor .... ah sumbang benar bunyinya, ramai yang terima sms darinya petang tadi .... anda tahu saya pun tahu .... Sekretariat Parlimen Kota Raja.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini