01 December 2010

TITM benar dalam hal ini

Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

 "Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.

TITM bercakap secara telus dan benar, saya yakin ramai yang akan mempertikaikan kredibiliti beliau selepas ini. Tidak mengapa itu hak masing-masing. Saya bersama TITM dan bersikap realistik. Mari kita bercakap tentang Daftar Pemilih sudah mencukupi, check dengan SU JPrN Selangor .... ah sumbang benar bunyinya, ramai yang terima sms darinya petang tadi .... anda tahu saya pun tahu .... Sekretariat Parlimen Kota Raja.

1 comment:

  1. Saya tertarik dengan 3 perkara yang dibangkitkan oleh titm:

    (1) "Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada”.

    "PAS menegaskan, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berusaha ke arah negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai asasnya secara berperingkat jika dapat menawan Putrajaya.
    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui konsep itu belum menerima tarikan kalangan parti komponen PR sendiri tetapi mendakwa bangkangan terhadap idea itu hanya kerana kurangnya fahaman mengenai konsep negara Islam."

    http://demokrasi93.blogspot.com/2010/11/negara-islam-pas-akui-ada-kekangan.html

    (2) “Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

    “membina keyakinan rakyat” adalah satu proses yang memakan masa. Ia sepatutnya bermula sebaik sajaha selepas pru 12. Tetapi lihat sahaja bagaimana 2 tahun disia2kan kerana angkara entah dari mana.

    (3) "Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi.”

    Kekuatan pas dalam penyebaran maklumat ni bukanlah satu perkara baru. Kehadiran internet tidak mampu dimanfaat sepenuhnya. Bagaimana nak sampaikan maklumat kepada pengundi jika di kalangan ahli sendiri turut lembab penyebaran maklumat? Setiap kali menjelang pilihanraya inilah yang diulang2 oleh pemimpin. Benar pilihanraya adalah bermusim, apakah menyebar maklumat (dakwah) juga bermusim?

    “bangkangan terhadap idea itu (negara islam) hanya kerana kurangnya fahaman mengenai konsep negara Islam.” Tak payah dok ulang2 benda yang semua orang tahu, lihat kedalam salah siapa berlaku kurang faham? Tabligh? Arqam? Jabatan agama islam? Majlis agama islam? University islam? Kolej islam? Fakulti islam? Kesemua itu diwujudkan dalam dalam konteks Negara sekular. Apakah pas pun sama dengan mereka, begitu?

    Wallahu’alam.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini