28 December 2010

Ngapa tak bincang dulu?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru pada 10 Disember lalu sekali gus menolak dakwaan Kerajaan Negeri bahawa pelantikan itu belum muktamad.


Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani turut mengesahkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menghantar tiga calon nama bagi mengisi kekosongan itu, tetapi sudah terlewat.

Beliau berkata, baginda menerima syor supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang tamat perkhidmatan sebelum ini.

"Tuanku memperkenankan pelantikan berkenaan pada 10 Disember lalu.

"Memang MB ada hantar tiga calon, tapi dah terlambat," katanya di sini, Selasa.

Beliau mengulas kontroversi pelantikan Mohammed Khusrin ke jawatan berkenaan yang dikatakan belum muktamad.

Sebaliknya, pelantikan berkenaan diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin sebelum pengumuman dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, Isnin.

Isu pelantikan berkenaan sekali lagi mencetuskan pertembungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri apabila Abdul Khalid juga mempunyai calon-calon tersendiri untuk menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, menurut kenyataan sekretariat akhbar terbabit, Abdul Khalid dijangka menghadap baginda pada Rabu bagi mendapat perkenan tiga nama yang telah dicadangkan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Sementara pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepada Abdul Khalid.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat kepada baginda bagi memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Malah kenyataan itu menjelaskan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini