31 December 2010

Teo Nie Ching, Pak Lah & Kak Rosmah

Ini lah gambar terkini yang menjadi paling dipertikaikan oleh Umno dan kuncu-kuncunya.

Mereka kata amoi ni terlalu seksi ketika berada diperkarangan Masjid ketika melakukan senamrobic bersama jemaah masjid tersebut.

Komen pertama hadir dari AF Pengerusi Ikim Pak Lah Badawi,

"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," kata Pak Lah kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kepala Batas hari ini. Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Baguslah Pengerusi Ikim bagi nasihat. Eh eh  mahu ke orang dengar nasihat darinya sebab perangai dia pun miang semacam je,
Yang ni siapa yg nak keluarkan nasihat (ualamak muda umno) sebab peluang dah depan mata Pak Lah, mana nak tolak

Uh baju anak dia lebih hebat dari Teo Nie Ching, tak pe ye

Sebenarnya hasil tarbiyyah UMNO.. sudah jadi kacau takrif aurat. Membujur lalu melintang patah. Sudah bertukar Islam hadhari dan badwi. Inilah jasa Umno-BN kepada Islam semenjak dulu, kini dan begitulah selamanya... Dah pemimpin kencing berdiri.. apa-lagi rakyat pun kencing berlarilah

Kak Rosmah isteri PM 1Malaysia pula memang boleh dijadikan contoh tauladan, ketatnya pakiana beliau macam sarung nangka jugak? Mana ulama muda? Mana penasihat IKIM? Mana penasihat agama Umno? Tak nak nasihatkan kakak kita ni ke.

Ini pula komen Teo Nie Ching .... baca jangan tak baca.

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' NIk Abdul Nik Mat menjelaskan Islam membolehkan sebarang aktiviti di kawasan masjid selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam, dan ianya tidak terhad hanya kepada umat Islam sahaja.

Beliau turut menegaskan, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang kafir tidak pun dilarang untuk memasuki masjid kerana fungsi masjid itu adalah sebagai pusat segala kegiatan termasuk politik.

Ketika mengulas isu senamrobik Ahli Parliman Serdang, Teo Nie Ching, beliau menjelaskan menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam untuk menjelaskan peraturan dan kaedah dari segi Islam bagi sesiapa yang mengunjungi masjid agar kesucian masjid sebagai rumah Allah tetap terpelihara.


Sementara itu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu
kenyataannya mengalu-alukan penglibatan YB Teo di dalam program kemasyarakatan tersebut. Beliau turut menasihatkan agar cara pemakaian perlulah sopan dan peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya.


"Jangan menyukarkan keadaan sehingga tertutup hati orang yang mahu mengunjung dan mendekati diri dengan masjid lantaran itu adalah peluang keemasan untuk pihak masjid berdakwah. Bukan senang nak dapat peluang orang nak datang ke masjid dalam keadaan dunia hari ini ramai pula yang mahu menjauhkan diri dari masjid," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini