TAMAN SENTOSA- Keadaannya sejak beberapa tahun lalu menimbulkan pelbagai pertanyaan namun tiada siapa yang berani mempertikaikan tindakan pihak berkenaan.
Sebuah pengadang yang dibina di atas jalan utama dan beberapa pagar yang didakwa sebagai langkah keselamatan bukan sahaja menyusahkan penduduk malah boleh mendatangkan risiko kepada mereka jika terjadi sesuatu perkara.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Man berkata, dia hairan kerana halangan yang didirikan di Lorong Bendahara 47 D itu tidak pernah ‘diusik’ pihak berkuasa sedangkan ia merupakan laluan utama di situ.
“Saya tidak boleh bayangkan jika berlaku kebakaran atau kecemasan di kawasan ini, bagaimana pihak keselamatan mahu datang ke sini dengan segera.
“Malah pembinaannya tidak pernah mendapat persetujuan penduduk dan ia didirikan tanpa memikirkan kepentingan orang lain,” katanya.
Man berkata, individu berkenaan dipercayai membina pengadang di jalan itu untuk kegunaan sendiri dan dipercayai bagi mengelakkan jalan di situ digunakan pengguna lain atas faktor keselesaan.
Menurutnya, individu itu juga dikatakan tidak mahu bunyi bising kenderaan dan membina pengadang bagi tujuan itu.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Shafie berkata, dia tidak tahu apakah tujuan sebenar individu berkenaan membuat pengadang kerana belum ada kejadian itu di tempat lain.
Menurutnya, tindakan seperti itu bukan sahaja mementingkan diri sendiri malah bakal mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat jika berlaku sesuatu kejadian antaranya kebakaran.
“Kita bukan meminta sesuatu yang buruk cuma bayangkan jika perkara itu berlaku di sini, tidakkah ia menyusahkan orang lain,” katanya.
Perlu kebenaran MPK
AHLI Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmi Jusoh berkata, beliau agak terkejut apabila dimaklumkan tentang kewujudan pengadang dan pagar keselamatan yang wujud di kawasan itu.
Beliau yang dihubungi Sinar Harian bergegas ke lokasi dan menjelaskan akan meminta jabatan yang berkenaan bertindak segera ke atas pengadang yang dibina itu.
Menurutnya, sebarang pembinaan di kawasan majlis memerlukan kebenaran dan tidak boleh dilakukan sesuka hati.
“Kewujudannya menimbulkan pertanyaan kerana ia dibina di atas jalan utama terutama penduduk yang datang dari kawasan perniagaan di hadapan.
“Selain itu, pengadang keselamatan yang didirikan juga tidak berfungsi dan hanya menimbulkan risiko kepada penduduk jika berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Azmi berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan selanjutnya selain mengadakan perbincangan dengan persatuan penduduk di situ.
Menurutnya, perbincangan itu perlu disegerakan kerana terdapat tiga pagar keselamatan lain yang terdapat di situ dan hanya satu sahaja berfungsi serta menyusahkan penduduk dan orang luar yang pertama kali datang ke situ.

No comments:
Post a Comment