29 December 2010

Tahniah : Penantian 14 tahun berakhir : Malaysia Juara 2010

Tahun 2010 merupakan tahun penamat yang paling mengembirakan seluruh rakyat Malaysia diatas kejayaan pasukan negara merangkul Piala Suzuki dengan menumpaskan Indonesia dengan aggregate 4-2, walau pun tewas 1-2 sebentar tadi.

Mengalahkan Indonesia di Stadium Bung Karno merupakan saat paling manis buat skuad negara.

Kepercayaan FAM mengetengahkan skuad dari pemain muda merupakan satu kejaayan yang patut dicontohi.

Rajagopal memberikan impak maksimum kepada pasukan bolasepak Malaysia, Tahniah dari Parlimen Kota Raja.

2 comments:

  1. Tahniah buat pasukan M'sia. Saya mengharapkan kalah kerana.. Inilah kali pertama saya melihat pemain-pemain kita benar-benar memang nak bersukan main bola. Itu sebab kita menang. Dan inilah kali pertama saya terhibur dengan permainan pasukan Malaysia. Pemain-pemain yang sebelum ini bukan nak main bola sangat, tetapi nak main kaki. Maknanya dalam kepada mereka tu 50-50, tidak tumpu sepenuhnya untuk bola. Saya percaya ini adalah antara elemen yang dilihat oleh jurulatih kita, Rajagopal. Teruskan semangat yang begini wahai Rajagopal. Didiklah mereka untuk bermian bola bukan main kaki sama. Tahniah sekali lagi. Cikgu 60an.

    ReplyDelete
  2. SYABAS HARIMAU MALAYA : dari weblog DSAI

    Syabas buat skuad bola sepak Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung-julung kalinya selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung.

    Di sebalik acara padat, saya sebolehnya cuba ikuti juga perkembangan perlawanan lewat Twitter yang nyata meriah sekali. Tahniah atas sokongan padu rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberi semangat.

    Ternyata K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

    Sekali lagi, syabas buat skuad muda Harimau Malaya!

    ANWAR IBRAHIM

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini