03 March 2009

Salah guna kuasa

Kiriman : ismit ulam raja, tmn setia
Salam perjuangan,

Sebagaimana semua telah maklum, sidang Dun Perak terpaksa diadakan dibawah sepohon pokok.Walaupun sedih bila mengenangkan Dewan yang mulia telah kotori tangan- tangan penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang undang .Hanya bertindak menguatkuasakan bukan undang undang tetapi kuasa yang telah disalah gunakan terhadap Ahli-ahli Dun Perak.

Bagaimana mungkin sebuah badan penggubal undang-undang boleh ditekan dan dihalang oleh pihak polis yang sepatutnya melindungi dewan yang mulia boleh bertindak diluar bidang kuasa dengan menghalang sidang DUN dari diadakan dalam Dewan Undangan Negeri.

Bayangkan jika pemerintah sebuah negara atau negeri tidak boleh ,menjalankan tugas nya dalam tempat yang dikhaskan untuk beliau menyempurnakan tugas tersebut.Dimana kah rakyat hendak bertemu dan mengadu nasib,?apakah bentuk undang-undang yang akan dinikmati bila undang-undang tersebut digubal dibawah pokok.Ana bimbang akan terjadi undang -undang rimba,renungkan jika kemahuan seorang yang menuntut keadilan tidak dapat keadilan yang sepatutnya malah ditekan dengan hebat apa yang akan terjadi?.Inikan pula suara majoriti rakyat yang mana Dewan DUN itu sebagai platform rakyat.Bayangkan bila platform ini tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya ,lambat laung akan terjadi rakyat terpaksa turun dijalanan bagi mendapat keadilan .

Bolehlah rakyat atau sesiapa sahaja yang berhajat kepada pemerintah ini bertemu atau menyelesaikan tujuan masing masing dikedai -kedai kopi ataupun dibawah mana-mana pokok. Bagaimana pula imej Sultan ketika ini yang mana perlembagaan beliau berlangsung dibawah pokok,ini menandakan jika sidang DUN kerajaan negeri juga akhirnya berakhir dibawah sepohon pokok,hamba rakyat bimbang kesudahan institusi RAJA itu sendiri.

Barang siapa yang telah menggunakan polis sebagai perisai dan mengkambing hitamkan mereka yang akan mencemarkan institusi ini.Tidak boleh dipandang ringan oleh pihak istana.Tindakan tekanan ini sebenarnya memberi gambaran lebih buruk terhadap pemerintahan Ke bawah Duli Sultan Perak.Hamba patik yakin baginda tahu siapa yang memberikan tekanan terhadap baginda.

Baginda tidak dapat tidak sangat diperlukan untuk membuat keputusan yang akan meredakan kemelut ini dan mengembalikan kesucian Dewan yang mulia tersebut sebagai perlembagaan yang mewakili Tuanku Sultan sebagai Raja yang memerintah.Hamba patik rasa sudah cukuplah tuanku dihina dan diperkotak katikkan.

....anak kelahiran perak .....

02 March 2009

Diskusi Ilmu-Methodologi Dakwah


Peserta bersama YB & Penceramah
Sabtu, 28 Feb 2009

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional/LPN PAS Kawasan Kota Raja tersebut telah diadakan di Pejabat Parlimen Kota Raja yang turut dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri dari Ahli Dewan Harian, Jkuasa Kerja & Ahli Jkuasa LPN PAS Kawasan Kota Raja. YB Dr Siti Mariah Mahmud juga turut meluangkan masa untuk hadir bersama ke dalam majlis tersebut.

Pengisian diskusi telah dibuat oleh Ybhg Dr Yaacob Yusoff, Ahli Jkuasa Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat/Negeri Kelantan yang juga merupakan Ketua Modul ILHAM (Institut Latihan Kepimpinan dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah).

Antara objektif program adalah:-
1) Mencapai kefaham yang seragam (common understanding) dikalangan pimpinan dan jkuasa apabila berhadapan atau terlibat dengan program kaum non-muslim
2) Mendidik kearah memahami agama & budaya kaum Cina & India disamping mendalami ajaran Islam khususnya dalam konteks siyasah
3) Menerapkan nilai-nilai murni Islam dalam uslub/methodologi dakwah kepada kaum non-muslim
4) Mempastikan penerimaan non-muslim terhadap keadilan pemerintahan Islam seterusnya meneruskan sokongan kepada kepimpinan
Segala perkara yang dibincangkan amat berguna bagi LPN khususnya dalam ertikata mengatur gerakkerja yang berkaitan dalam program-program anjuran lajnah yang akan datang.
YB Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapan penangguhannya amat mengharapkan supaya diskusi-diskusi sebegini dapat diterukan dan dibuat secara konsistan bagi mencapai kefahaman yang mantap dikalangan pimpinan dalam menangani segala permasalahan masyarakat yang berbilang kaum di dalam Parlimen Kota Raja khususnya.

Sekretariat Syed



01 March 2009

Umno buat apa pun OK ...

Gambaran yang berlaku pada minggu lalu menunjukkan dengan jelas bahawa Umno boleh melakukan apa saja termasuk menceroboh Parlimen dan melakukan tindakan yang di sifatkan oleh Yang di Pertua Dewan Negara sebagai biadap dan tidak bermoral dan amat memalukan. Anehnya mereka dengan mudah boleh masuk ke Parlimen tanpa sebarang sekatan dan dikatakan oleh Karpal bahawa pengawal keselamatan juga tidak mengambil tindakan yang sepatutnya pada ketika itu.Apa kah keris ini menyebabkan penguasa takut pada mereka sedangkan dalam PRU 12 dulu rakyat sudah memasukkan semula keris ini kedalam sarungnya. Akhirnya Presiden mereka undur diri pada bulan ini.
25.02.2009 ~ Bila 'Singh is King' menyatakan 'Pemuda Umno Celaka' mereka menyerang hingga masuk ketempat larangan iaitu bangunan Parlimen hingga berlaku pergaduhan seperti dibawahTidak kedengaran sehingga kini sebarang tangkapan dibuat terhadap Ketua-ketua bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian Umno. Bagi saya ianya amat pelik.

28.02.2009 ~ Bila orang lain ..... Nah kau .... 17 kena tahan.......

PERHATIAN !!! KULIAH MAGHRIB OLEH MENTERI BESAR PERAK

TEMPAT: MASJID AL MUNAWWARAH, SEKSYEN 27, SHAH ALAM


MASA: LEPAS MAGHRIB


HARI: AHAD, 1 MAC 2009

<--------NI MENTERI BESAR PERAK, BUKAN YANG BAWAH TU..






Clown Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, self-proclaimed [UMNO/BN installed] Chief Minister (Menteri Besar) of Perak state, was suspended in less than 2 weeks by the Speaker of the State Assembly together with his 6 exco

28 February 2009

Tembakan meriam air depan Pejabat Polis Brickfields

Malaysiakini melapurkan, Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationPada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ..

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini