03 March 2009

Salah guna kuasa

Kiriman : ismit ulam raja, tmn setia
Salam perjuangan,

Sebagaimana semua telah maklum, sidang Dun Perak terpaksa diadakan dibawah sepohon pokok.Walaupun sedih bila mengenangkan Dewan yang mulia telah kotori tangan- tangan penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang undang .Hanya bertindak menguatkuasakan bukan undang undang tetapi kuasa yang telah disalah gunakan terhadap Ahli-ahli Dun Perak.

Bagaimana mungkin sebuah badan penggubal undang-undang boleh ditekan dan dihalang oleh pihak polis yang sepatutnya melindungi dewan yang mulia boleh bertindak diluar bidang kuasa dengan menghalang sidang DUN dari diadakan dalam Dewan Undangan Negeri.

Bayangkan jika pemerintah sebuah negara atau negeri tidak boleh ,menjalankan tugas nya dalam tempat yang dikhaskan untuk beliau menyempurnakan tugas tersebut.Dimana kah rakyat hendak bertemu dan mengadu nasib,?apakah bentuk undang-undang yang akan dinikmati bila undang-undang tersebut digubal dibawah pokok.Ana bimbang akan terjadi undang -undang rimba,renungkan jika kemahuan seorang yang menuntut keadilan tidak dapat keadilan yang sepatutnya malah ditekan dengan hebat apa yang akan terjadi?.Inikan pula suara majoriti rakyat yang mana Dewan DUN itu sebagai platform rakyat.Bayangkan bila platform ini tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya ,lambat laung akan terjadi rakyat terpaksa turun dijalanan bagi mendapat keadilan .

Bolehlah rakyat atau sesiapa sahaja yang berhajat kepada pemerintah ini bertemu atau menyelesaikan tujuan masing masing dikedai -kedai kopi ataupun dibawah mana-mana pokok. Bagaimana pula imej Sultan ketika ini yang mana perlembagaan beliau berlangsung dibawah pokok,ini menandakan jika sidang DUN kerajaan negeri juga akhirnya berakhir dibawah sepohon pokok,hamba rakyat bimbang kesudahan institusi RAJA itu sendiri.

Barang siapa yang telah menggunakan polis sebagai perisai dan mengkambing hitamkan mereka yang akan mencemarkan institusi ini.Tidak boleh dipandang ringan oleh pihak istana.Tindakan tekanan ini sebenarnya memberi gambaran lebih buruk terhadap pemerintahan Ke bawah Duli Sultan Perak.Hamba patik yakin baginda tahu siapa yang memberikan tekanan terhadap baginda.

Baginda tidak dapat tidak sangat diperlukan untuk membuat keputusan yang akan meredakan kemelut ini dan mengembalikan kesucian Dewan yang mulia tersebut sebagai perlembagaan yang mewakili Tuanku Sultan sebagai Raja yang memerintah.Hamba patik rasa sudah cukuplah tuanku dihina dan diperkotak katikkan.

....anak kelahiran perak .....

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini