

Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan oleh penduduk Tmn Desa Kemuning dan sekitarnya sehingga mencecah seramai 500 orang peserta melebihi sasaran awal sekitar 200 orang.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda tepat jam 9 malam.Turut hadir Pengerusi MPP Zon 14 En Pappa Raidu, Pengerusi MPP Zon 11 En Norhalim Sirom, Ketua Kampung Bukit Naga En Buang Ismail dan wakil masjid Al-BAkri Bukit Naga.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah motivasi terkenal iaitu Ustaz Abdullah Khairie seorang pakar motivasi yang tidak asing dinegara kita. Dengan gaya penyampaian yang bersemangat serta bantuan tayangan video berjaya membawa pendengar tidak kering gusi dengan coleteh beliau. Disamping itu juga beliau menyelitkan juga unsur-unsur kasih sayang, ketaatan pada Allah dan ibubapa sehingga menitiskan air mata setiap peserta yang hadir. Rata-rata peserta yang hadir cukup berpuashati dengan program kali ini dan mengharapkan lebih banyak program seperti ini dianjurkan oleh semua MPP khususnya MPP Zon 14 dan pihak surau.

性交性愛兩性做愛直播
ReplyDelete全裸美女寫真集
玩運彩
自拍貼圖
自慰成人影片線上看
自慰視頻影片
炫海娛樂城
六合彩
新的娛樂城