23 March 2009

Utusan Lumpuh, tiada berita lagi selepas ini.

Nak harap apa lagi pada umno, kebajikan pekerja sendiri tak dijaga, inikan pula nak jaga kebajikan rakyat ... pooorahhhh.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu Bhd bersiap sedia meneruskan hasratnya untuk berpiket di persidangan agung Umno selepas gagal dalam rundingan dengan majikan.

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, kesatuan akan ke balai polis Sentul petang ini untuk memohon permit berpiket, yang dijadual penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.

Keputusan untuk memohon permit ini dibuat dalam mesyuarat exco kesatuan kira-kira sejam petang ini.

Amran menambah, majikannya sengaja melengah-lengahkan rundingan berhubung perjanjian bersama (CA) untuk, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Rundingan CA selama tiga tahun hingga 2011 NUJ Utusan itu adalah sambungan kepada CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

NUJ Utusan mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Amran berkata selain sokongan ahli-ahlinya, wartawan-wartawan akhbar lain dijangka akan turut serta menyatakan sokongan pada perjuangan mereka dalam piket tersebut.

"Kita harap Umno tolong kita, tolong wartawan Utusan. Kita selalu tolong mereka," katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini