



Saya terasa paling sedih dan amat marah bila polis masih membedil kami yang dalam perjalanan pulang dari perjanan ke Istana tadi. Kot ye pun tak payahlah bedil orang dah nak balik. biarlah ada timbang rasa dan siuman sikit, esok mati perlukan orang surau dan masjid juga untuk mandi jenazah, talkin dan tahlil. Janganlah sombong sangat.
Saya berada kira-kira 1 meter dibelakan Presiden PAS, A. Samad Said dan pimpinan yang lain bila tiba-tiba kami dibedil oleh Polis. Hormatlah sikit pada pimpinan, slah satu peluru tu jatuh betul-betul dekat Hj Hadi dan beliau terpaksa guna beg plastik tutup mukanya pada masa tu, Saya rasa marah betul.
Syabas Kapten (B) Syaari, Kamarulzaman dan Bob Niaz (Keselamatan PAS Pusat dari Kota Raja). Sekretariat Parlimen Kota Raja berbangga kerana antum jadi benteng terakhir mengawal presiden.
No comments:
Post a Comment