26 March 2009

Salam Perjuangan

dikirim oleh : mohd affendi zabiri, ketua pemuda pas cawangan taman setia klang

Memang manis kata kata ketua pemuda UMNO yang baru terlantik dalam ucapan penangguhan beliau,yang berani kena bersama-sama dengan beliau untuk berani samseng sebagaimana pemuda gombak dan pemuda subang jaya .Jika ada pilihanraya kecil dimana-mana sahaja macai-macai inilah yang dibawa oleh umno untuk menjerit-jerit memaki hamun ,ala samseng menyelit-nyelit dalam kumpulan peraih undi PR untuk menjalankan provokasi mereka.

Cara untuk menangani pemuda berani UMNO ini adalah dengan mengalunkan kalimah zikir terus menerus sehingga mereka akan rasa kepanasan dan sedikit -demi sedikit beredar bila sudah kering air liur mereka menyanyikan lagu inilah barisan kita,taburlah bunga diatas pusara. Kemudian akan muncul pula dengan lenggang- lenggok berseluar ketat dan berbaju hugging puteri ,menyelit juga dalam kumpulan pemuda berani yang akan menaikkan lagi semangat pemuda berani tersebut yang akan lebih kuat menjerit -jerit untuk mendapat kan perhatian sang puteri.Tak percaya lihat dalam pilihanraya Bukit selambau dan Bukit gantang nanti.

Alunkan takbir... puak- puak ini akan terpingga-pingga terkejut dengan takbir tersebut.

Cuma saya agak berminat untuk mengetahui spesis terbaru pemuda berani berubah ini,bagaimana pula cara pergerakan mereka ,jika mereka memang spesis yang berani berubah pemuda pas kena mendekati mereka untuk menunjukkan kepada mereka perubahan yang sepatutnya ,sebab tentu gologan ini golongan yang berfikir menggunakan otak mereka bukan pak turut seperti pemuda berani dan pemuda setia kawan yang tak tahu mereka berjuang untuk apa sebenarnya.Menurut dan akan terus menjilat.

Pemuda setia kawan yang disebut -sebut oleh KJ saya rasa adalah gologan penjilat yang akan menyokong dan menjilat walaupun ketua mereka seorang perasuah ke?atau siapa pun yang menerajui mereka,mereka tetap akan setia dan menyokong atas nama kesetiaan.

Jadi pejuang-pejuang semua sedikit sebanyak sudah mengenali musuh ,dan kelas -kelas mereka jadi jangan takut dan gentar dengan mereka ini,kerana mereka semuanya nampak hebat bila berkumpul ramai-ramai tetapi dalam hati mereka ada perasan takut yang teramat sangat,yang menjadikan mereka dapat menunjuk kan sifat keberanian mereka bila mereka rasa pasukan keselamatan adalah memihak kepada mereka.

Kitalah pejuang -pejuang yang akan disembur,dibelantan ,ditembak gas ,bukan mereka,
saya berdoa tuan-tuan pemuda pas dan pakatan rakyat yang akan berjuang membantu di BKT Selambau dan BKT Gantang sentiasa dilindungi Allah dan jangan lupa basahkan bibir dengan kalimah zikir setiap masa di medan perjuangan ...Takbir

Biar syahid ataupun kemenangan....................

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini