30 March 2009

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR

Tarikh : 29 Mac 2009

Tempat : Dewan MBSA Sg Kandis

Masa : 8.30pg - 1.00 tghr

Penceramah : En Zailan Wagimin (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Selangor)

Peserta : 50 orang

Program separuh hari ini bertujuan memberikan semangat kepada semua para pelajar khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Kebanyakan peserta terdiri daripada para pelajar PAKSI sendiri dan pelajar sekitar kawasan kota raja (Jln Kebun, Desa Kemuning, Kg Jawa, Telok Menegon, Sg Kandis). En Zailan yang merupakan pakar motivasi yang tidak asing dalam bidang pendidikan Selangor membawa pendekatan yang agak berbeza dan motivator yang lain. Pada sesi pertama beliau cuba mengenali identiti peserta. Pada sesi kedua pula beliau cuba mencungkil kehebatan yang ada pada diri setiap peserta dengan mengadakan interaksi dua hala dengan para peserta dan menekankan kekuatan minda berbanding kekuatan fizikal. Kebanyakan peserta mula sedar dengan kehebatan masing-masing pada penghujung program. En Zailan menasihati penganjur program supaya program ini dapat dilanjutkan kepada ibubapa kerana ibubapa mempunyai kuasa untuk merubah minda anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini