18 June 2010

Status Tian Chua sebagai MP

Arr in Labuan w @tonypua 4DAP Labuan dinner/crmh @tianchua disqualified by RM2k fine but he has 14 days 2appeal under Art 48 of Constitution
06/18/2010 01:39 PM

Position pertaining 2 @tianchua’s parliamentary position is laid down in Art 48(4)(4) of Msian Constitution
06/18/2010 01:49 PM

As I read Art 48 Constitution it makes no difference whether fine paid or not, so long as appeal is exercised within 14 days RT @PuteraPedang @tonypua @tianchua TC didn’t bother to appeal. He already paid the penalty in full.
06/18/2010 03:26 PM

Whatever legal status or outcome of @tianchua’s appeal Art 48(4)(4) which grants him 14 days leeway will govern his qualification as MP RT @thomas_su @edmundbon Appeal avenue exhausted when Hct made decision. Further appeal not as of right. Whether fine paid, sentence stays.
06/18/2010 04:18 PM

Art 48(4)(4) provides dat disqualification of an MP fined “not less than RM2k” shall take effect upon expiry of 14days from sentence but this is deferred if he appeals within these 14days or initiates any other court proceedings re conviction/sentence – which then depends on final outcome
06/18/2010 04:40 PM

Mahfuz: Why hire foreign experts to chart 10MP?

(Free Malaysia Today) - Rumours that three consulting firms -- Boston Consulting Group, McKinsey & Co and Ethos Consulting -- were responsible in structuring the 10th Malaysia Plan (10MP), has left Pokok Sena MP Mahfuz Omar wondering what the Economic Planning Unit (EPU) was doing.

“What was in the original 10MP plan that it needed restructuring and why are these foreign consultants involved in it and not the EPU or the government itself?” he asked during the debate on the 10 MP in Parliament yesterday. According to him, the question was pertinent as it was obvious that the three consultancies had given their input.

“I want Prime Minister Najib Tun Razak to explain the role and status of the EPU in determining the management of the national economy because the 10MP book us the impression that the EPU was merely a publisher. It appears as if the inputs came from the consultancies,” he said. Mahfuz, who is also PAS deputy president, said if claims that the three consultancies were involved in formulating the 10MP were true, then it meant that the government had lost faith in its own economists and analysts. He also said the 10MP had nothing new and “was just flavoured”.

“There is nothing new in the 10MP. It’s the same cook using the same ingredients,” he added. He instead suggested that Najib embark on a radical plan to transform the economy from being a user to an exporter of technology. “We should be having our own brands, our own Samsung, our own NEC and our own Sony because the NKEA (National Key Economic Area) also focuses on the electrical and electronic sectors. 'But if you look at the 10MP, there is no explanation whatsoever as to how we are to turn Malaysia into a exporter of technology,” he said.

Walla..we got "CON"sultant that can easily con us. If the romours are true, it means WE ARE GOVERN BY IDIOT..DON'T KNOW HOW TO RUN OUR AND PLAN FOR THE COUNTRY. Sigh...we got leader graduated from the university of Timbaktu

PRU : PAS bersedia bila-bila masa

KOTA BAHARU, 18 Jun (Bernama) -- PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.

17 June 2010

Fiesta Kelantan hambar: Hanya 300 hadir



Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Harakah Daily melaporkan walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat mencurah-curah selepas Maghrib.
Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.
Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan pembesar suara.

Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Mursyidul Am PAS itu berucap. Menurut Takiyuddin, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Nik Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja. Berikutan itu, katanya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan. Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan persetujuannya untuk merasmikan Fiesta Kelantan itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Berikutan itu, RTM juga membatalkan siaran langsung yang dirancang.
Namun, RTM menerusi Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1. Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja dipercayai sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut. Ia dilihat sebagai tindakan terdesak.

Adalah dipercayai jemputan untuk Nik Aziz berucap ditarik balik kerana ada pihak yang tidak mahu ia disiarkan secara langsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Ha..UMNO tu kalau dah buruk perangai, jangan rumah sendiri, rumah orang pun serupa je.

16 June 2010

PRU 13 - Bersedia untuk kejutan

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini