24 February 2009

Khir Toyo si penyibuk kalah teruk

1. Ikut keputusan undian yang dibuat oleh m.star Khir Toyo yang tengah sibuk cari publisiti ni kalah teruk. (Mukriz 77%, Khir Toyo 6% dan KJ 17%). Dengan kedudukan paling bawah ketika ini saya percaya akan lebih banyaklah cerita yang dicetuskan oleh beliau akan keluar surat khabar yang pro beliau lepas ni. Beliau akan mengasak kerajaan PR Selangor lagi selepas ini.

2. Melayu jangan mudah lupa semasa zaman beliau menjadi MB banyak aduan rasuah yang telah dikemukakan kepada BPR tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil. Bukit Cerakah tu dah gondol di buatnya.

3. Sahabat dekat simpang 5 Sg Besar bagi tahu masa dia jadi MB bukan setakat lembu yang dia bagi tapi ayam dan telur ayam pun dia bagi. Tolong siasat mana beliau dapat duit tiap-tiap tahun bagi benda-benda ni, tak termasuk benda-benda yang lain. Gaji MB berapa?

4. Saya nyatakan sekali lagi pimpinan BN sekarang terlalu banyak main politik hingga hilang fokus untuk meningkatkan ekonomi negara yang semakin teruk. Inilah contoh kerajaan yang tidak bertanggung jawab setelah diberi amanah.

1 comment:

  1. Pernah dilalorkan mase pemerintahan Khir Toyo/Be End di Selangor dulu, satu trailer lembu-lembu korban hilang ??!!!...

    Tak siasat ke? Dah bayor ke belum duit2 lembu tu. Kalau dah bayor lembunye mane.... Heran sungguh kerja puak-puak ni??!!...

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini