19 October 2009

Betul ke? ADUN PR Perak kaki pukul

2 comments:

  1. 28 OKTOBER PERANGKAP PEMBUBARAN DUN PERAK

    One Malaysia dilancarkan di Perak. Negeri bergelora sejak Mac 2008. Gelora di Perak dirasai tempiasnya seluruh dunia. Pemerhati politik dan wartawan antarabangsa menjadikan Perak sebagai destinasi persinggahan hinggakan pokok yang dah lama bertapa di Medan istana disiar ke seluruh dunia gara gara sidang bawah pokok.

    PR telah lama mendesak agar DUN Perak dibubar susulan rampasan kuasa kerajaan Kudeta BN . Kuasa rakyat dirogol dengan ganas tanpa simpati terhadap rakyat. Kerajaan kudeta yang berslogan Rakyat diutamakan itu tahu sengsara rakyat Perak angkara perbuatan rakus mereka namun nafsu serakah gila kuasa telah menguasai mereka. Slogan rakyat diutamakan adalah topeng puaka yang dipakai najib bagi menutup wajah hodoh kerajaan pimpinannya.

    Ketika One Malaysia dilancarkan di Ipoh, rakyat keliru adakah ianya anjuran kerajaan atau umNO kerana lambang umNo tertera jelas. Namun wang yang digunakan mustahil milik umNO. 1500 buah bas disewa khas ke pelusuk kampung untuk mengangkut warga Perak. Ketika melalui Tol Ampang saya tersekat gara gara bas yang bersusun walaupun ketika itu maghrib telah masuk. Saya terlepas takbir awal gara gara bas sewa.

    Di fahamkan setiap pelajar yang diangkut akan dibayar rm 10 setiap seorang. Saya terlepas detik malam tadi kerana ada dua program yang terpaksa dihadiri. Kalau tidak tentu himpunan raksasa robot upahan akan saya kongsi bersama. itulah yang difahami sebagai gelombang pilihanraya Perak yang akan berlangsung bila bila masa. Ada yang meramalkan melalui mangkuk putih tarikhnya ialah 28 November... Saya juga cuba meramal, namun belalang yang saya cari di padang tidak saya temui...

    Mengikut maklumat yang diterima umNo negeri telah bersedia menghadapi pilihanraya yang dituntut. Ketika PR melalak menuntut pilihanraya negeri, umNo buat perangai lembu kenyang. Kita menyangka mereka tak peduli, rupa rupanya mereka merancang dan bekerja. Sebahagian kita sibuk melalak mencabar tanpa kerja namun mereka membina kekuatan. Difahamkan dari senarai terbaru yang dipamerkan SPR, lebih kurang 50 ribu pengundi baru telah di daftar. Hebat!!! Maklumat PR menyatakan kita hanya mendaftar sekitar beberapa ratus orang melalui agen yang dilantik. Siapa yang mendaftar mereka... itulah kerja licik umNO dengan tangan SPR.

    Apapun perkembangan ini semakin menarik perhatian. umNO telah mencurah projek dari kerajaan pusat. Belanjawan negeri akan dibentang 28 Oktober ini. PR mesti waspada dengan perangkap 28 oktober.

    Saya sangat yakin peristiwa 28 oktober akan dicatur dengan pengarahan terbaik bagi memberi gambaran buruk PR di Perak. Di harapkan PR memberi perhatian persidangan kali ini bukan hanya untuk tunjuk kita berani, tetapi MESTI WASPADA dengan perangkap yang telah sedia di pasang begitu rupa... Percayalah... 28 Oktober akan menjadi detik bersejarah permulaan pembubaran DUN Perak...jikaPR tersalah langkah menangani situAsi di hari tersebut

    -anaksengat

    ReplyDelete
  2. anaksengat

    Terima kasih kerana singgah ke blog ini dan meninggalkan comment yang bernas dan menarik yang patut jadi panduan dan galakan serta peringatan kepada pimpinan, petugas, penyokong dan pendokong PR bahawa kita tidak harus duduk leka mulai sekarang. Tempuh bulan madu sudah lama berakhir.

    Saya akui kelemahan pada semua peringkat di Kawasan/Cawangan dan petugas serta jentera kita dalam semua peringkat ialah mendaftar pemilih baru. Kita lupa untuk fokus kerja ini walau pun ini lah kerja terpenting yang seharusnya dilakukan.

    Kita berani mengeluarkan ribuan ringgit untuk belanja program sambutan hari raya tetapi kita tertangguh-tangguh untuk memberi esentif kepada petugas-petugas yang melakukan gerak kerja ini.

    Bila lambakan petugas luar tidak ada kerja di Manek Urai mereka sibuk bising .... apa nak bising-bisingkan Kelantan sejak dulu punya data culaan yang paling mantap di Negara kita. Tempat lain bagaimana?

    Bermula HARI INI Semakan Rang Daftar Suku 3/2009 Selangor boleh dibuat. Semalan JPN telah mengeluarkan soft copy ... YDP dan AJK Kawasan diharap dapat memandu JprK/MTD/UPU mewajibkan GERAK KERJA SEMAKAN ini kepada AJK Kawasan/JPrK/MTD/UPU dengan menyemak mulai 20 hingga 26 hb Oktorber.

    Ni semua ada buat ke?

    Berapa orang dari Cawangan/Kawasan anda yang didaftarkan?

    Selebih nya siapa?

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini