29 October 2009

UG : Cloosed Forever

Dari blog al-banjari

Oleh : albanjari/MRK albanjari

Khamis. 29hb.Oktober. Alhamdulillah pada tepat jam 1.50am, semua yang mengharapkan butir keputusan dari Mesyuarat Khas telahpun diketahui. 4 jam mereka bermesyuarat. Hangat dan mendebarkan. Lebih 70 peratus ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk memberi 'tindakan' kepada Dr. Hassan Ali. Isu 'pita rakaman' pertemuan itu juga turut dibangkitkan di dalam mesyuarat.

Isu Pita Rakaman :

Awal pagi ini, saya dihubungi oleh seorang teman pimpinan yang meminta supaya rakaman yang saya miliki itu diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat. 'pita rakaman' itu akan dijadikan sebahagian bukti siasatan. Dan satu arahan juga telah dikeluarkan kepada saya untuk bertindak 'memadam hapus' mastercopy rakaman penuh tersebut.

Pada pagi ini juga, saya telah menghubungi Dato' Tuan Ibrahim sebentar tadi untuk bercakap sendiri dengan beliau dan beliau mengesahkan arahan tersebut. Serahan segera akan dilakukan pada hari ini juga. Salinan tersebut akan dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang akan dijalankan selepas ini. Insyaallah pada pagi ini saya akan bertolak ke Pahang untuk menyerahkan sendiri salinan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan rakaman tersebut, selepas ini sila berhubung terus dengan Dato' Tuan Ibrahim. Terus terang saya jelaskan di sini, bahawa saya MRK albanjari dan Tuan albanjari sendiri (editor albanjari online) tidak putus dihubungi oleh individu-individu yang tidak dikenali yang mahukan rakaman tersebut sejak petang kelmarin sehingga pada pagi ini.

Wallahi ! Jika wajar dibayar dengan nyawa, saya bayar dengan nyawa saya. Ini adalah amanah parti. Maka dengan itu sesiapa jua tidak kira apa jawatannya di dalam kepimpinan, hatta Tuan Presiden sendiri mahupun Tuan Mursyidul Am PAS, saya tidak akan sekali-kali akan menyerahkan 'rakaman' ini jika pun diminta.

Hormatilah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat dan Ketua yang dilantik dari Mesyuarat Khas malam tadi yang akan mengepalai kes dan siasatan ini.

Dan pada hari ini, Insyaallah 'pita rakaman' itu akan diserahkan kepada beliau atas arahan parti. Dalam keadaan dua darurat ini, yang kami hadapi sekarang, kami memilih untuk mengambil darurat yang ringan dari terjerumus ke dalam darurat yang lebih besar implikasinya dan boleh mengeruhkan lagi keadaan di dalam jamaah dan PAS.

Kupasan Blog
Disumberkan dari sini, [..] Dari posting Mohd Sayuti Omar bertajuk "Seminar ganti EGM" 29/10/09:
Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.
Dari posting Ali bertajuk "Hasan Ali bakal hilang jawatan!!!" 29/10/09:
Kekalahan besar PAS dan Pakatan Rakyat untuk PRU-13 semakin menjadi kenyataan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat dan PAS, penulis sarankan anda supaya menyediakan diri untuk bersiap sedia untuk menghadapi kekalahan. Kerja kuat untuk menambahkan pendapatan supaya tidak miskin kerana harga minyak, barang keperluan, pengankutan dan lain-lain melambung naik. Pemimpin di atas sana mana pernah memikirkan cukup makan pakai kita. Semua muka penipu. Mana pernah diorang naik bersesak- sesak dalam komuter. Lepas tu claim diri sebagai pemimpin Islam yang berjiwa rakyat. Den nak raso muntah jap[..]
selanjutnya klik disini
(Gambar di atas copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf banyak-banyak kepada pak bakaq [penarik beca] dan juga terima kasih buat Panzer Utara Online ). Belajaq dari pak bakaq. Jangan marah wak, nanti kita cari briyani kambing lagi..hehehe..!!

28 October 2009

Susahnya jadi ADUN PERAK


Teruk jadi ADUN Perak ni. Ikuti lapuran semasa terus menerus dari Sidang DUN Perak yang dibawa khas oleh Cina Islam.

26 October 2009

Ibrahim Ali tak puas hati

'Mengapa saya saja digelar katak?'

Beliau hairan kenapa digelar katak? Apa yang menyebabkan beliau mendapat gelaran tersebut? Beliau kini kehairanan dan kebingungan.

Jika anda bersimpati dengan nya dan tahu asal usul mengapa beliau begitu popular dengan gelaran tersebut sila nyatakan sebab dan kelayakkan beliau mendapat gelaran tersebut.

25 October 2009

PAS Perak : tumpukan kerja-kerja pilihanraya

Dalam keadaan persekitaran yang tidak nyaman sekarang, dicadangkan agar seluruh pimpinan, petugas, penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan agar dapat menumpukan persiapan menghadapi Pilihanraya Negeri jika DUN di bubarkan kelak.

Terlalu ramai termasuk pimpinan yang mengharapkan agar DUN di bubarkan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru yang mereka suka.

Jangan hanya berusaha bersusah payah untuk membubarkan DUN sahaja, ianya patut di ikuti dengan gerak kerja menghadapi Pilihanraya. Diharap semua pihak termasuk Jabatan Pilihanraya Negeri, JPrK, MTD dan UPU telah bersedia.

Kalau dilihat pada PRK Bukit Gantang dulu masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki.

Adakah Jabatan Pilihanraya Negeri ada membuat Post Mortem kelemahan-kelemahan di Bukit Gantang dahulu untuk dijadikan rujukan atau pun memang dah jadi tabiat kita bila kalah baru sibuk nak buat post mortem.

Jangan tunggu ..... PAS setiap Kawasan kena pastikan semua masaalah termasuk AJK tidur di Kawasan, JPrk, MTD dan UPU dibangunkan semula, yang dah futhur tu nak buat macamana pula?

Bab-bab EGM ni hangpa tak payahlah nak ambil pot, doa je, sat lagi selesailah, kerja blogger biasalah. Lebih baik buat kerja-kerja ni ...... muslimin cubalah tolong muslimat buat cula undi..... jangan lah bab-bab cula ni semua nak serah pada muslimat je, muslimin juga kan ke hebat.

Kerja-kerja daftar pemilihan baru bagaimana? Dalam rang daftar pemilih suku tahunan ke3/2009 yang didaftarkan dari Julai hingga September berapa bertambahan yang kita buat dan berapa pula yang UBN daftar termasuk pengundi luar yang di bawa masuk?

Nak menang kena buat semua kerja ni dan macam-macam lagi, moga kerja-kerja Pilihanraya diberikan fokus yang utama. Lain-lain Problem tu biarkan orang lain selesaikan.

24 October 2009

Ni dia kerja paling PENTING kena buat

Macam-macam orang cerita dan tulis serta beri pendapat dan komen tentang kedudukan PAS terkini. Syok benar orang-orang yang suka duduk depan laptop ni buat pelbagai analisa dan mengutuk dan mengenakan orang itu dan orang ini.... Fasal EGM, malas masuk +.

Bagi orang Kota Raja kita terus kena buat kerja ni yang paling penting, jangan toleh kebelakang lagi. Ketua Cawangan kena panggil AJK buat semakan dan hantar bantahan selewat-lewatnya esok sebelum jam 5 ptg hantar ke Pejabat PAS Kawasan, sebab tarikh terakhir bantahan kepada SPR pada 26-10-09 nanti. (terima kasih kepada semua cawangan yang datang taklimat selasa lepas)

Setelah di semak, saya selaku Ketua Daftar Pemilih JPrK ucap tahniah kepada semua AJK Daftar Pemilih, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Kelab Penyokong PAS dan semua cawangan yang telah membantu mendaftarkan pemilih baru pada suku tahun ke 3/2009 ini.

Terkini hasil dari kerja kuat Sdr Syed, Ismail, Imran dan lain-lain kita kini mempunyai database yang lengkap berdasar gerak kerja yang dilakukan dan tahu dimana kekuatan kita pada ketika ini.
Sila semak DPT tersebut yg disediakan oleh JPrN Selangor yg diambil dr SPR M'sia.
Khususnya semua nama-nama bg pendaftaran baru yg dibuat dalam tempoh Julai~Sept'09 baru-baru ini, nama-nama tersebut MESTI wujud dalam DPT diatas mengikut DUN / alamat lokaliti masing-masing.
Khususnya semua ejen-ejen PPS, sila buat semakan tersebut. File yg dibekalkan dlm bentuk pdf.file => sila cari command "search" dlm file tsbt dan masukkan no. ic @ nama pemilih baru tersebut. Sekiranya tidak wujud, sila buat tuntutan dgn dikepilkan salinan borang A (warna pink)
Sekian untuk tindakan lanjut.

Razif / Syed

2 attachmentsDownload all attachments
DPT Suku Ke3 Sri Andalas N49.pdfDPT Suku Ke3 Sri Andalas N49.pdf
1973K View Download
DPT Suku Ke3 Sri Muda N50.pdfDPT Suku Ke3 Sri Muda N50.pdf
2388K View Download

22 October 2009

'Good Listener'

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!! Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini - Mohamed Hanipa Maidin.

Mujahid masih mengharap

Mujahid harap KPP diterima jadi sayap PAS tahun depan

Kasihan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat ni. Beliau masih mengharap dan terlalu berharap sebenarnya agar pimpinan parti melakukan sesuatu agar permintaan KPP yang satu ini dapat dipertimbangkan secepat mungkin. Beliau memang seorang yang amat komitted untuk menjadikan KPP sebagai sayap parti.

Beliau menjadi tumpuan dari peringkat pimpinan tertinggi hingga keahli biasa KPP yang selalu mendesak beliau mempercepatkan kemasukkan KPP kedalam sayap parti. Kadang kala dilihat beliau jadi serba salah dibuatnya.

Tak ramai orang yang mendekati LPN PAS Pusat di bawah pimpinan YB Mujahid ini. Beliau yang sentiasa dibantu oleh Setiausaha LPN Puan Hajjah Kamariah binti Naris, kedua mereka ini merupakan dua individu terpenting yang menggerakkan LPN PAS Pusat.

Di doakan agar kedua mereka berjaya menjadikan impian KPP ini sebagai satu realiti.

21 October 2009

Sudah banyak kenyataan, tiba masanya untuk bertindak

KPP akan temui pimpinan PAS : Bagus berita ni. Sudah banyak kenyataan yang dibuat oleh pimpinan kita, tibalah masa nya pula untuk bertindak, sebelum terlewat dan kita hilang segalanya.

Bagi UBN mudah saja, semua yang PAS buat, jika baik untuk mereka, tanpa rasa segan silu terus tiru .... apa yang mereka tak tiru ' Kelab Penyokong Barisan Nasional' dan UMNO FOR ALL semua ditiru dari PAS.

Kelewatan bertindak akan hanya merugikan semua pihak. Baguslah, moga pertemuan yang dirancang akan membuahkan hasil yang positif dan lumayan bagi kedua-dua pihak PAS dan KPP serta SEMUA.

Parlimen Kota Raja sentiasa dan amat berharap agar Presiden PAS dan Pengerusi LPN PAS Pusat dapat memutuskan kedudukan KPP dalam Parti PAS dengan keadaan yang segera. Baca lagi kat sini PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas

18 October 2009

Kita lelong je brahim ali ni.

Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak “pisang berbuat dua kali”.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas,” katanya.

Kalau semua parti tak setuju nak ambil dan berkawan dengan dia 'Kita Lelong buat special offer aje katak ni kat pasar, macam cerita P. Ramlee tu'

Tu lah akibat lawan Tok Guru ... langsung tak laku

Terus baca posting berikut :-

Jangan Perasan, Umno Belum Tentu Sudi Terima Kamu Ibrahim Katak (blog-list malaysia)

UMNO : Lubuk Buangan dan Kitar Semula (al-brangi)

‘Katak Pisang’ (tkodaily)

IBRAHIM ALI MINAT SERTAI SEMULA UMNO MANAKALA PEM... (dr halimah ali)

Kelab Penyokong Pas bantu mantap parti

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sayap kita banyak, (Kelab Penyokong) salah satu daripadanya dan ia bertujuan melakukan lonjakan setelah kita mencapai kejayaan, mereka bukan sahaja ingin menyokong malah mahu terlibat secara langsung dengan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bahawa Pas bersedia menerima Kelab Penyokong sebagai sayap parti memandangkan sokongan daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India terhadap parti itu.

Katanya, sehingga kini keahlian Kelab Penyokong Pas melebihi 20,000 dan angka itu menunjukkan sokongan kuat golongan bukan Melayu terhadap Pas.

“Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam,” katanya.

Ditanya sama ada ahli kelab tersebut akan menjadi wakil Pas pada pilihan raya, Abdul Hadi yang ditemui selepas merasmikan Ijtima’ Kepimpinan Pas Terengganu di Markas Tarbiyah Pas, Kubang Lembek berkata, perkara itu akan dibincangkan.

Menurutnya, Pas tidak akan bersikap gopoh dalam menentukan perkara tersebut kerana pihaknya masih lagi berada dalam gabungan pakatan pembangkang bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ianya akan dibincang dan kita tidak perlu gopoh dalam perkara ini kerana kita masih lagi bersama pakatan rakyat yang sudah mempunyai calon bukan Islam, ia perlu dilihat dari segi keperluan,” katanya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan kemasukan Kelab Penyokong Pas sebagai sayap baru parti.

“Kita faham mereka sudah menunggu lama untuk memastikan status mereka. Mesyuarat akan dilakukan pada masa yang telah ditetapkan dan harap mereka dapat bersabar,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Pusat di Kota Raja

Pada malam ini selepas solat Isya, Ybhg AF Ustaz Idris Ahmad, selaku Ketua Penerangan PAS Pusat akan menyampaikan pidatonya bertempat di Dewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Kota Raja, berhadapan MARDI Jalan Kebun.

Antara inti pati ucapan beliau ialah Post Mortem kekalahan PAS di Bagan Pinang.

Penganjur yang Dewan Pemuda PAS Kota Raja dengan ini menjemput seluruh Ahli, Pendokong dan Penyokong PAS / Pakatan Rakyat untuk hadir pada majlis ini nanti.

YB Shuhaimi berucap di Majlis Eidul Fitri PAS Kota Raja (2)

Kehadiran YB Shuhaimi Shafiee ADUN Sri Muda pada kira-kira jam 3.35 petang disambut meriah oleh tetamu yang hadir.

Selepas bersalam dan menemui semua pengunjung, YB dengan diiringi oleh Ketua AMK Kota Raja Sdr Azmizam, YDP dan NYDP Kota Raja menikmati jamua, beliau seterusnya dijemput berucap pada majlis paha hari ini.
Dalam ucapannya beliau gembira kerana program ini merupakan sambutan Hari Raya Pakatan Rakyat Kota Raja dan dihadiri.
Beliau juga mengingatkan bahawa terdapat banyak halangan dan jangan anggap ianya isu remeh. Mesti teruskan kesepaduan dan bersama menempuh cabaran supaya PR kekal memerintah pada PRU 13 akan datang.

UMNO yang mengaku pejuang Melayu/Islam tetapi tidak dapat melakukan apa-apa apabila Sister In Islam yg meminta dikaji tentang hukuman sebat terhadap Kartika.

Selamat Datang ke Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Kawasan Kota Raja (1)

PAS Kawasan Kota Raja menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Majlis diatas yang diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Raja di Jalan Rezab Buang berdepan dengan MARDI Jalan Kebun.

Semua persiapan untuk menerima kehadiran tetamu yang dijangka tiba mulai jam 2 ptg telah siap sedia.
Pelbagai juadah makanan telah tersedia untuk dinikmati diantaranya Satay, Lemang, Ketupat, Soto, Pecal, Laksa, Sop dan pelbagai jenis buah-buahan diantaranya durian, rambutan dll.

Sementara dua orang ahli majlis MBSA iaitu Sdr Tan Ah Kaw dan Sdr Nurhalim telah samapai sedang menikmati juadah hari raya.

Semua Penduduk dalam Kawasan Kota Raja dan Seluruh Rakyat Malaysia di Jemput Hadir.

16 October 2009

Dewan Ulamak Umno

Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.

Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.

"(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Siapa calun Ketuanya : Ada yang cadangkan Dato Harusani Zakaria. Ada yang bangkang ke?

14 October 2009

Post Mortem kekalahan di Bgn Pinang, biar berani dan berterus terang

Presiden PAS Dato Seri Haji Abd Hadi Awang berjanji satu Post Mortem akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kekalahan PAS dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Ahad lalu.

Diharapkan Post Mortem yang akan dilakukan nanti dibuat secara telus dan berterus terang dan tiada benda yang disembunyikan hanya kerana ingin menjaga air muka seseorang.

Kita membaca pelbagai sebab boleh dijadikan antara punca kekalahan PAS disana. Apa pun kita menyerahkan kepada pimpinan untuk mengeluarkan hasil post mortem itu nanti. Kita kena berani menyatakan kebenaran sekali pun pahit untuk ditelan.

Bagi PAS Kawasan Kota Raja kekalahan ditiga daerah mengundi dikawasan majoriti pengundi India benar-benar perlukan satu jawapan yang konkrit supaya tindakan awal boleh diambil bagi mengatasi sebarang ditidakpuasan hati pengundi India terhadap PAS/PR jika ada pada ketika ini.

Berita lanjut : Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'

Jemputan Untuk Semua

PAS Kawasan Kota Raja akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada hari Ahad 18hb Oktorber 2009 bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kota Raja, Batu 6, Jalan Kebun (Bukit Naga) Klang (hadapan Mardi Jalan Kebun).

YB Dr Siti Mariah Mahmud, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja, En Jaafar Shamsuddin dan semua Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Raja menjemput semua Rakyat untuk hadir ke Rumah Terbuka ini.

12 October 2009

PAS Gagal mempertahankan kemenangan di 3 Daerah Mengundi

KEGAGALAN PAS MEMENANGI semula di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi dalam pilihanraya umum tahun yang lalu perlu dikaji secara mendalam supaya dapat diatasi segera menjelang PRU akan datang.

Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang di Pekan Siliau dengan mendapat 275 undi dan BN 194 undi (majoriti 81 undi); menang di Ladang Atherton dengan mendapat 208 undi dan BN 124 undi (majoriti 84 undi); dan menang di Sua Betong dengan mendapat 290 undi dan BN 244 undi (majoriti 46 undi).

BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).

Pandangan anda bagaimana?

Berita berkaitan posting ini, baca semua sebagai rujukan dan tindakan pembaikan.

PAS, you need to find your way back fast! (harakahdaily)
Bukit Gantang perlu jadi Bagan Pinang satu teladan... (Sisibukit)
Tumpo yob kalu tak berubah... (kopitiam bang nan)
Apabila Kawan Menjadi Lawan (karabu bersuara)
PAS gagal, dekati pengundi waktu p'raya (malaysiakini)
PAS VP tells why non-Malays ditched Pakatan (malaysiakini)
Makkal Sakti alternatif baru kaum India? (utusan malaysia)

11 October 2009

Keputusan RESMI PRK BP

BN = 8,013
PAS = 2,578
Majoroti = 5,435
Undi Rosak = 223

Keputusan PRK BP : utk rujukan

7.15pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222.

Kira-kira 300 lagi undi daripada 11,157 undi belum dihitung.

7pm Rasmi, BN mendahului PAS dengan 3,436 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 4,377 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 941 undi.

6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.

6.52pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 218.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.

6.40pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 4,702 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 6,705 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,003 undi.

Setakat ini, 8,708 daripada 11,157 undi atau 78 peratus undi telah dihitung. Jika trend ini berterusan, BN akan menang dengan majoriti undi lebih besar.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 2,333 undi.

6.25pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahulu di empat daripada lapan daerah mengundi di DUN Bagan Pinang. Malah BN menang di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang di Pekan Siliau dengan mendapat 275 undi dan BN 194 undi (majoriti 81 undi); menang di Ladang Atherton dengan mendapat 208 undi dan BN 124 undi (majoriti 84 undi); dan menang di Sua Betong dengan mendapat 290 undi dan BN 244 undi (majoriti 46 undi).

BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup. Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

4.45pm Masa untuk membuang undi bagi menentukan ADUN baru Bagan Pinang tinggal lagi 15 minit sebelum ditutup rasmi.

4.23pm Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratus keluar mengundi mencecah 80 peratus.

3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

2.53pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.


2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

2.15pm Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.

Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini.

1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".


10.20am Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.


Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.


Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.


Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am
Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.


8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.


Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.

09 October 2009

BERKUBU di Bgn Pinang

GANAS & TIADA PERI KEMANUSIAN ~ mungkin itu adalah ungkapan yang paling tepat untuk Pemuda Umno yang menyerang Petugas dan Bilik Gerakan PAS dengan Pedang ala Samurai pagi kelmarin.

Tak cukup dengan itu malam tadi bertempat di Markaz Dewan Ulamak ceramah oleh Dato Dr Harun Din juga diganggu oleh sekumpulan Pemuda Umno dengan membuat bising dan menjerit-jerit ketika ceramah sedang berlangsung.

Malam ini bertempat di Batu 4 Jalan Pantai Si Rusa Port Dickson akan diadakan Ceramah Perdana oleh Tok Guru Nik bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain. Kita tunggu ramai-ramai.

Apa pun Insiden dan pelbagai bentuk keganasan yang mereka lakukan, jangan sampai melemahkan semangat kita untuk terus berjuang. Perjuangan tetap diteruskan hingga jam 5 petang 11.10.2009 nanti. Petugas jentera parti, penyokong dan pendokong part PAS dan PR yang lai harus mengembeling seluruh kekuatan untuk berkubu mulai hari ini di Bagan Pinang kalau sebelumnya tidak dapat berbuat demikian kerana urusan kerja dan sebagainya.

Ingat Jang oi Jang hari mengundi dah dokat, jangan leka.

08 October 2009

Kesan Provokasi Abdul Azeez

Walaupun, ada orang kata dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa beliau dibelasah oleh sembilan orang penyokong PAS akan disambung dengan episod-episod seterusnya, umumnya ramai yang menganggap cerita itu tidak lebih dari jenaka pak lawak. Saya pun tergelak sakan.

TAPI SEDARKAH ANDA INILAH KESAN DARI PROVOKASI TERSEBUT : PEMUDA UMNO YANG MABUK JADI MARAH DAN BERTINDAK DILUAR BATASAN UNDANG-UNDANG MENYEBABKAN,

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

“Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini,” Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

“Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa,” katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

“Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas,” ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

“Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni,” katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

“Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan,” ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

“Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

“Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan,” dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

07 October 2009

Pengurus Ladang Bradwall hantar notis letak jawatan

Kira-kira jam 5.35 petang tadi saya terima panggilan telifon dari Puan Zaleha (Helwa). Kak Leha tinggal diBagan Datoh Perak dan suami beliau juga merupakan Pengurus Ladang disana. Saya dimaklumkan oleh Kak Leha bahawa suami memberitahu bahawa Pengurus Ladang Bradwall telah letak jawatan. Apa sebabnya saya tak nak ambil tahu, tapi syukurlah bila beliau letak jawatan.

Tentu ramai yang suka dengan berita ini kerana beliau merupakan Pengurus Ladang yang paling tidak disukai oleh kontigen Selangor yang bertugas disana kerana pada awalnya semua petugas PAS/PR tidak dibenarkan masuk kesana untuk bekempen. Kak Leha bagi tahu mungkin doa orang PAS dimakbulkan Allah.

Cuma pada hari Sabtu 3.10.09 kira-kira jam jam 3.00 petang selepas saya bersama YB MK Arumugam ADUN Rahang pergi berjumpa beliau dan setelah membodeknya kira-kira setengah jam barulah beliau beri masuk ke Ldg tersebut itu pun dari jam 4.00 petang hingga 10.00mlm.

Langkah petugas muslimat dari Kota Raja di Tmn Bradwall
Bendahari PAS Kota Raja Hj Mulyani dan rakan-rakan tekun mendengar taklimat sebelum memulakan kerja.
Sebelum memulakan gerak kerja merayu undi, Timbalan Pengarah JPNS 1 Sdr Norhalim memberikan taklimat kepada semua petugas.
Petugas dari Kota Raja Shamsul, Azmi Awang, Iqbal, Sdr Muthu, Segar dan Vijay dari KPP Kota Raja.
Barisan kepimpinan DMPKR pimpinan Pn Rosnah.
Wartawan Sinar, mulanya beliau nak interview Sdr Azmi berkenaan isi ceramah oleh YB Gobalakrisnan berkenaan tuduhan bahawa pekerja ladang hidup tidah terbela. Akhirnya dengan muka merah padam wartawan tersebut pergi setelah dibelasah oleh Azmi Awang.
Petugas dari Perak di Taman Siliau bersama para petugas dari Kota Raja.
Petugas PAS Kota Raja Pn Rosnah dan Pn Azimah

05 October 2009

PRK N31 Bagan Pinang - Ahli PAS Membantu Mangsa Kemalangan 3/10/09

Kenderaan 1 (Mercerdes) & 2 (Proton Wira)

Kenderaan3, Sdr Nizam meninjau keadaan

Sdr Johari sedang mengeluarkan mangsa

Diatas adalah sebahagian gambar yang ingin kami kongsikan bersama semasa kami dalam perjalanan menuju ke PRK Bagan Pinang N31 pada sebelah petang hari penamaan calon Sabtu lalu.

Kami berempat bertolak sekitar jam 12:00 tengahari melalui Jalan Banting menuju ke Padang Siliau, Port Dickson dengan kenderaan Sdr Nizam. Turut serta Sdr Johari berserta anak lelakinya. Kesemua mereka dari PAS Cawangan Jalan Kebun, Selangor.

Dalam perjalanan, berlaku satu kemalangan jalanraya sekitar jam 3:00 petang yang melibatkan 3 kenderaan (Mercerdes, Wira & Iswara). Kami sempat membantu mangsa kemalangan kereta Iswara dimana penumpang bahagain belakang yang dimaklumkan tidur pada waktu kejadian mengalami kecederaan. Mangsa terdiri dari ayah keluarga tersebut yang dikuatiri patah bahu kiri dan kaki kiri manakala seorang lagi anak perempuan beliau yang duduk bersebelahan pecah kedua-kedua bibirnya.

Kami juga turut dibantu oleh pengguna jalanraya yang lain dalam memberikan bantuan kepada mangsa serta turut menjaga kesesakan lalu-lintas yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.Pemandu (anak perempuan) dan penumpang hadapan (anak lelaki) termasuk seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami apa-apa kecederaan tapi masih trauma dan panik semasa bantuan diberikan.

Kami terus membawa kedua-dua mangsa ke Wad Kecemasan di Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut. Ahli keluarga mangsa yang berasal dari Lukut telah bersedia menunggu dan seterusnya menguncap ribuan terimakasih di atas bantuan kami.

Selesai sahaja urusan di hospital tersebut, kami teruskan perjalanan ke Padang Siliau untuk persiapan Sambutan 2 Tahun Slogan PAS FOR ALL yang dijadualkan pada sebelah malam. Kami sampai sekitar jam 4:00petang dan memaklumkan sebab kelewatan kami kepada Pengarah Program, Sdr Mohd Razif Maslan.

Posted by Syed

04 October 2009

PAS/PR perlu bijak tangani Pengundi India

Memetik dari laman berita Malaysiakini mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penduduk dan pengundi dari kaum India di Bagan Pinang
.
Satu perkara yang sepatutnya perlu diambil berat oleh petugas-petugas di Bagan Pinang demi untuk memastikan pengundi berpihak kepada calon Pakatan Rakyat.

Dari laporan ini, aktivis Hindraf yang juga merupakan bekas tahanan ISA menggariskan 8 isu besar yang bakal memmbolehkan pengundi India berpihak kepada PAS melalui calonnya.

Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

1. Sekolah-sekolah Tamil
2. Adat-adat kebiasan kaum Hindu berkaitan kematian.
3. Kuil Hindu dan gereja yang tidak berdafar.
4. Peluang pekerjaan dan pertanian.
5. Perumahan Kos Rendah.
6. Kampong Tradisi dan warisan kaum India.
7. Pusat komuniti dan
8. Kemiskinan.

Kaum India adalah kaum kedua terbesar di DUN Bagan Pinang dengan jumlah peratusnya ialah sebanyak 20.74% lebih kurang sebanyak 2834 orang pengundi.

Seperti yang kita ketahui dan lihat sendiri, masalah yang disebutkan di atas adalah satu masalah yang 'real' dan wujud di mana-mana. Kebanyakan kawasan kaum Hindu adalah sangat daif dan tidak terurus dengan baik. Mereka sering dipinggirkan sedangkan mereka juga rakyat Malaysia yang wajib mendapatkan peruntukan yang sama. Pemimpin mereka hidup di dalam serba kemewahan sudah sekian lama.

Mungkin sangat baik sekiranya perkara ini diambil serius oleh petugas Pilihan Raya di sana dan membuat lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan. Sudah tiba masanya kita membuktikan bahwa kita dapat membela nasib mereka dengan mengambil contoh yang telah dijalankan oleh negeri-negeri yang baru diambil alih oleh Pakatan Rakyat, paling kurang dan sudah tentu mengambil contoh pemerintahan di Negeri Kelantan yang tidak mengenepikan apa-apa bangsa dan agama. Kuil dan tempat ibadat berbagai agama tetap mendapat tempat di negeri tersebut.

Aktivis Hindraf T-Vasanthakumar mendakwa bahawa Isa Samad sepanjang pemerentahannya selama lebih 20 tahun telah gagal menyediakan kawasan perumahan kos rendah untuk kaum India. Sedangkan yang kita telah dengar dan baca banyak tanah-tanah di Port Dickson telah tergadai dek kerakusan Isa Samad...jadi sudah tentu kita tidak mahu nasib penduduk setempat digadaikan terlebih lagi untuk kaum India yang sudah sedia berada di dalam kesusahan dan kesempitan.

Selain dari isu-isu kemudahan asas, isu-isu berkaitan kaum India yang perlu diambil berat ialah berkenaan berita mengenai usaha P.Uthayakumar yang ingin mengajak agar kaum India memboikot PRK Dun Bagan Pinang dengan membawa isu yang jelas bersifat perkauman iaitu isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan isu 'Kepala Lembu' di Selangor.

Petugas dan penyokong Pakatan Rakyat harus bijak menangani isu ini, lagipun segala isu ini adalah isu 'bawaan' dari zaman pemerentahan BN belaka. Kini pmpinan PR harus memastikan isu-isu ini ditangani dan diselesaikan sebaik mungkin.

Uthayakumar yang mengetuai sebuah Parti baru Human Right Party menyifatkan bahawa :“while Umno is race-based, Pakatan Rakyat is vote-based.” dalam menggesa kaum India untuk memboikot Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang tanpa memikirkan kesan masa panjang untuk kesejahteraan bangsanya sendiri seperti yang tertulis di laporan Malaysiakini :

"Three Indian political forces are set to vie for their votes by playing on the community's emotions without any consideration for the long effects on measures to uplift their social and economic status."

Bagi A Sivanesan, pimpinan tertinggi DAP pula, ia menyifatkan tindakan Uthayakumar hanya akan membiarkan kaumnya berada di dalam kebingungan dan tindakan yang salah untuk tidak membenarkan seseorang keluar mengundi.

"He described the move as wrong as it their democratic right to vote for the candidate of their choice.

Moreover, a boycott will be self-defeating in that nothing will be achieved by way of changing the community's economic situation, he added."

Sebagai kesimpulan apa yang jelas setiap orang punya hak untuk mengundi dan memilih calon yang mereka sukai yang boleh membela nasib mereka. Tiada siapa yang boleh menghalangnya. Gunakan akal yang waras berpandukan maklumat yang jelas dan saheh, dan tidak mengikut perasaan yang bakal membinasakan diri sendiri, agama dan bangsa.

02 October 2009

Jom ke Bgn Pinang

Semua Sekretariat Parlimen Kota Raja akan ke Bagan Pinang petang nanti untuk menjalankan tugas disana. Insa Allah kami akan membuat lapuran terus dari sana dalam setiap program yang akan kami dan YB Dr Siti Mariah sertai.

Antara program terbesar anjuran kami ialah sambutan ulang tahun ke 2 PAS FOR ALL yang akan diadakan pada malam hari penamaan calun nanti di Ladang Suiliau pada tepat jam 8mlm. Majlis ini akan dihadiri oleh Mursidur Am PAS YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz bin Nik Mat.

Selain beliau turut hadir ialah YB Dr Mujahid Yusof Rawa Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasinal PAS Pusat, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan YB Dr Halimah Ali, Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja serta Calun PAS Bagan Pinang.

Malam tersebut juga akan diadakan serentak Pesta Tanglung dimana sebanyak 300 tangluang akan dinyalakan bagi mengiringi ketibaan YAB Tuan Guru Nik Aziz.

Pada petang pula akan diadakan menggoreng muruku PAS4ALL yang akan diresmikan oleh YB Dr Halimah Ali.

01 October 2009

Program Sambutan Ulangtahun ke-2 PAS FOR ALL



Sambutan Ulang Tahun ke 2
PAS UNTUK SEMUA . PAS FOR ALL
Bersama
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am Pas
Tarikh : 3 Oktober 2009 ( Sabtu ) , 8.00 malam
Tempat : Ladang Siliau , Port Dikson

Para Bloggers, diminta tolong war-war program ini. Marilah kita semua beramai-ramai datang memenuhi ruang yang ada dan memeriahkan sambutan kali ini. Bersama memperjuangkan kehendak rakyat.
There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini