28 February 2010

Bangkit dan teruskan perjuangan

Sdri Aiman Athirah Al Jundi selaku Ketua Lajnah  Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat yang dijemput sebaai motovator dalam Wacana PAS Taman Setia, Kota Raja telah berjaya memukau semua AJK dan pejuang PAS Cawangan Taman Setia untuk bangkit terus berjuang bagi mempertahankan kemenangan YB Dr Siti Mariah dalam PRU 12 yang lalu. Bangkit dan teruskan perjuangan, itulah cabaran beliau kepada pejuang PAS Taman Setia.
 Iltizam ini dizahirkan oleh semua peserta yang hadir dalam program setengah hari yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Klang yang bermula jam 9.00 pagi tadi.
Sempena majlis maulidurasul yang berlangsung pada hari jumaat yang lalu dimana Taman Setia telah menganjurkan nya dengan berjaya, baca sini  Sdri Aiman juga mengaitkan perjuangan dalam PAS/Islam sebagai lanjutan dari perjuangan yang dibawa oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dia mencabar agar seluruh AJK dan Pejuang PAS Taman Setia melakukan kerja-kerja parti dengan bersungguh-sungguh untuk meneruskan kemenangan sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah yang sanggup melakukan apa saja bagi meneruskan kemaraan gerakan Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

Sdri Aiman dengan pelbagai gaya dan alat bantuan mengajar yang lengkap semasa memberikan motivasi kepada pejuang PAS Taman Setia.
Sebelum itu YB Dr Siti Mariah yang juga merupakan 'AHLI' PAS Cawangan Taman Setia telah berangkat hadir bersama suaminya Dr Hakim bagi merasmikan Wacana ini.

Dalam ucapan nya beliau menyatakan sekalikan PAS Cawangan menganggap pergerakkan Parti di peringkat Cawangan sedikit slow namun beliau memberitahu bahawa dengan pelbagai jawatan yang terpaksa dipikul oleh para penggerak parti maka ianya sebenarnya berterusan tetapi dalam flatform yang sikit berbeza berbang sebelum menang tempuh hari. Secara perbandingan beliau menganggap PAS Cawangan Taman Setia jauh kehadapan berbanding Cawangan-Cawangan lain.

Selain itu beliau juga mengingat penggerak dan ahli parti supaya meneruskan budaya menginfak sebahagian dari harta untuk meneruskan perjuangan ini.  Beliau berharap agar pentarbiyyahan dikuatkan bagi semua ahli supaya mereka memahami bahawa kita berjuang atas landasan ini dan jika ada perubahan kerana kemenangan yang kecil ini dan meminta-meminta untuk membuat sesuatu kerja dan program akan hanya menunjukkan kelemahan sistem pentarbiyyahan dikalangan ahli.

YB Dr Siti Mariah juga menyeru agar parti diperkuatkan dengan memperbanyakan pendaftaran ahli baru sebagai pemilih SPR. Selain itu beliau bersyukur kerana Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja telah berjaya membawa kefahaman tentang Islam kepada KPP dimana selama lebih 52 tahun mereka telah diberikan penerangan yang salah oleh Umno hingga menyebabkab mereka takut kepada PAS dan Islam (kami akan paparkan penjelasan mereka dalam youtube nanti)
 dicatit oleh : Ketua Penerangan, PAS Cawangan Taman Setia, Kota Raja.

26 February 2010

Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Kota Raja amat meriah

Sambutan Maulidur Rasul SAW Parlimen Kota Raja pada tahun ini amat meriah, Taman Setia yang dipilih menjadi tuan rumah telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada Surau Al Ikhwan dan Persatuan Penduduk Taman Setia diatas kretiviti menganjurkan majlis ini.

Sebelum itu mari kita sama-sama dengar bacaan ayat suci Al Quran oleh anak kecil ini yang MEREMANGKAN BULU ROMA, fokus dan hayati bacaanya tanpa sebarang gangguan.
Majlis yang bermula pada hari khamis malam jumaat 25.2.2010 bertempat di Surau Al Ikhwan Taman Setia telaha diadakan Forum Perdana Maulidur Rasul yang membawa tajuk "Dakwah & Jihad - Mekanism bagi Amar Maaruf Nahi Mungkar"
 Ahli Panel terdiri daripada Ayahanda Tuan Guru Nik Radzi bin Nik Mat (Adinda Menteri Besar Kelantan), Dr Yaacob Yusuf dari Nilam Puri Kelantan dan AF Ustaz jefeeri bin Isa dari Guan Musang Kelantan selaku pengerusi forum.

Sebelum forum bermula majlis Selawat Marhaban yang di pimpin oleh AJK Surau Al Ikhwan telah berkumandang selama kira-kira 20 minit selepas solat maghrib bagi memanaskan suasana.

Kehebatan kedua-duan ahli panel dan pengerusi majlis yang bijak mengupas tajuk yang diberikan sehingga kira-kira 500 hadiran yang datang tidak berganjak hingga majlis selesai kira-kira jam 10.35 malam.

Menariknya hampir seluruh AJK Dewan Pemuda PAS Kota Raja hadir termasuk Sdr Zainal Ketua DPPKR, Sdr Imram (Timb Ketua) Sdr Zubir (Setiausaha) dan ramai AJK yang lain. Sdr Syed A. Malek, Sdr Shamsul Bhaharin, Sdr Azmi Awang, Sdr Iqbal dan Sdr TYD merangkap Ahli Majlis MBSA juga turut hadir.

"Sangat puas hati" komen Mat Sabu @ Asri bila ditanya pandangannya.

Sementara itu pada pagi tadi bermula jam 8.00 pagi para peserta perarakan talh mula berkumpul di Padang 'C' Taman setia bagi memulakan perakan Maulidur Rasul.

Sebanayak 22 kontigen dari 21 Lorong penduduk Taman Setia dan Taman Ikhlas telah hadir pada perarakan kali ini.

Mengikut rekod kehadiran yang dihantar oleh ketua-ketua blok kepada jawatan kuasa jamuan sebanyak 1100 bungkus nasi lemak terpaksa disediakan bagi memastikan setiap peserta menikmati jamuan pada pagi ini.

Keadaan menjadi lebih meriah dengan kehadiran YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi kemajlis ini dan seterusnya bersama rakyat jelata berarak bersama.
Tahniah kepada semua ketua blok yang berjaya menghimpun semua penduduk bergama Islam di Taman Setia dan Taman Ikhlas dalam majlis ini tanpa mengira fahaman politik masing-masing, turut hadir ialah ketua umno Taman Setia.

Diakhir program disamping menikmati jamuan nasi lemak semua perserta juga mendapat sebungkus bubur nasi sumbangan Maggi dari Syarikat Nestle Shah Alam.
 
 Dari kiri : En Adam Abd Karim, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Setia, Pengerusi Surau Al Ikhwan, Tn Hj Idin bin Hj Basri, Sdr Norhalim, Ahli Majlis MBSA, Yb Shuhaimi Shafiee dan Pengarah Program.

25 February 2010

NASIB PENJAJA SIAPA BELA?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Semenjak sebelum menjadi YB lagi, satu perkara yang paling tidak menyenangkan hati saya ialah apabila melihat penjaja di merata tempat. 

Bukan sahaja masalah kebersihan yang menjolok mata tetapi juga dalam benak hati saya tidak kah kerajaan merancang untuk memastikan institusi penjaja ini dilestarikan serta dapat dinaikkan taraf menjadi satu kerjaya yang boleh dibanggakan. Label penjaja haram telah meletakkan mereka ini seperti pesalah yang sentiasa diburu oleh penguatkuasa. 

Saya sangat bersimpati setiap kali melihat peralatan dan barang-barang perniagaan mereka dirampas oleh penguatkuasa. Dalam hati saya berkata-kata, apakah mereka mempunyai pilihan lain? Tetapi ada juga penjaja yang saya lihat bermaharajalela. Apabila tiada tindakan diambil, maka akan bertambahlah kerusi dan meja dan tapak perniagaan mereka. Maka tertanya pula saya kenapa pula tindakan tidak diambil keatas mereka? 

Kemudian penjaja warga asing pula timbul bagaikan cendawan selepas hujan. Malah sesetengah tempat dikuasai oleh penjaja warga asing. Saya sudah malas nak ke Chow Kit, macam pergi ke Indonesia aje!

Maka tidak hairanlah setelah menjadi wakil rakyat, diantara perkara yang saya timbulkan semasa perjumpaan dengan PBT (pihak berkuasa tempatan), perkara ini saya timbulkan dan memberi cadangan supaya isu penjaja diselesaikan . Rakyat pula meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan isu penjaja warga asing yang sudah menguasai kawasan penjaja.

Para penjaja (makanan dan minuman) dalah antara mereka yang mengadu nasib kepada saya. Tetapi seperti biasa apabila dikemukakan kepada pihak berkuasa, alasan mereka ialah penjaja menjaja ditempat yang tidak boleh dibenarkan maka lesen tidak boleh diberi. Pihak penjaja pula ada alasan mereka yang tempat yang diberikan tidak strategik dan mereka tidak boleh cari makan. 

Bila mereka dipindahkan ke tempat lain, penjaja baru mengambil alih tempat asal mereka. Malah mereka mengatakan terdapat pilih kasih (atas apa sebab pun) atau "double standard" yang penguatkuasaan tidak adil. Tuduh menuduh ini boleh berpanjangan sampai bila-bila pun tidak akan selesai. PBT pula dengan peraturan kecil mereka, kuasa serta budi bicara mereka.

Ahli-ahli majlis (PBT parlimen sayalah) pula belum nampak lagi kepimpinan mereka untuk mengubah dan menentukan dasar yang lebih adil kepada penjaja. Mungkin mereka lupa yang mereka membuat polisi dan juga menggubal undang-undang. Mungkin mereka lupa yang peraturan boleh digubal dan dipinda. 

Saya tidak salahkan mereka semata-mata kerana sistem yang ada amat merumitkan sebarang reformasi untuk menjadikan polisi PR lebih pro rakyat. Sebenarnya yang berkuasa di PBT ialah ketua-ketua jabatan dan YDP. (Mungkin saya sudah mula merasa kecewa dengan ketidakupayaan saya membantu rakyat. 

Kadang-kadang terasa yang diri ini seperti peminta sedekah. YB yang tiada duit dan tiada kuasa!). Ahli Majlis mempunyai lebih kuasa dari Ahli parlimen. Agaknya inilah diantara sebabnya kenapa UMNO/BN melantik ADUN/AP menjadi Ahli Majlis (selain daripada untuk menguasai pengagihan projek lah). 

Saya akan menulis nanti mengenai keperluan Ahli Majlis dipilih rakyat secara langsung. Ini bukan ruangnya.

Berbalik kepada isu penjaja tidak berlesen. Ini bukan perkara baru. Kita kena akui ini sudah menjadi cara hidup kita. Dinegara-negara maju tiada penjaja di tepi jalan. Premis-premis perniagaan kecil atau besar semuanya terkawal dan mengikut piawai tertentu. Jadi selagi ada penjaja tanpa lesen, kita belum sampai tahap negara maju. 

Selagi ada penjaja tanpa lesen kita belum mencapai tahap rakyat berpendapatan tinggi dan sederhana. Ia menunjukkan yang piramid pendapatan sangat lebar di bawah sekali iaitu sebahagian besar rakyat masih miskin. Tidak dinafikan yang sebahagian kecil penjaja adalah kaya. Bagi saya mereka tidak boleh digelar sebagai penjaja. Mereka adalah ahli perniagaan, usahawan yang berjaya dan pelabur (sudah naik tahap kepada francaisor) yang sepatutnya sudah masuk di dalam kategori pembayar cukai tetapi tidak pernah dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Bagi saya kita perlu mentakrifkan semula siapa yang boleh dipanggil penjaja atau kita perlu membuat pengelasan. Mereka bukanlah satu kumpulan yang homogenous (serupa) . Mereka adalah peniaga kecil-kecilan bermodal kecil dan sebahagian besar melakukan perniagaan secara sambilan untuk menampung pendapatan dan dalam jangkawaktu yang pendek. Mereka berniaga sendiri dan tidak memakai pekerja tambahan. Peralatan mereka terlalu asas. Mungkin meja dan payong, kereta sorong dan bekas-bekas makanan. Mereka tidak memasak di tempat jajaan. Jadi perlu ada pengelasan jenis penjaja ini supaya kita tidak memakai peraturan yang sama untuk mereka semua.

Penjaja yang tapak perniagaan mereka sudah menjadi separuh tetap atau sudah membina struktur yang kukuh, memasak pula dan memakai kerusi meja pula untuk pelanggan adalah dalam kelas yang tersendiri. Kebanyakan mereka pun bermula dengan menjaja seperti yang pertama tadi tetapi kerana perniagaan berkembang, maka tapak jajaan menjadi tetap. Entah kenapa pihak penguatkuasaan membiarkan mereka berniaga begitu lama tanpa sebarang tindakan. 

Malah pihak TNB dan Syabas pula boleh membekalkan api dan air kepada mereka walaupun mereka tidak berlesen dan bangunan mereka tidak pernah mendapat kelulusan PBT. Saya diberitahu pegawai-pegawai PBT, undang-undang membenarkanTNB dan Syabas membekalkan api dan air dan PBT kepada bangunan tanpa izin ini. PBT tidak boleh bertindak ke atas mereka. Inilah diantara sebab kenapa PBT tidak dapat mengawal bangunan-bangunan haram termasuk rumah haram atau setinggan , peniaga haram, rumah ibadat, kilang haram dan lain-lain lagi. Inilah punca masalah nya. Apa perlu peniaga dan pengilang mendapat lesen atau kebenaran PBT jika mereka boleh berfungsi?

UMNO/BN pandai sungguh mengurus negara ini. Mereka meluluskan peraturan dan undang-undang tanpa memikirkan implikasi jangka panjang. Satu ciri pembuat dasar BN ialah "they are full of contradictions and double standard". Saya tidak dapat bayangkan bertapa banyak "pusaka bermasalah" yang akan kita warisi daripada Kerajaan Persekutuan bila kita ke Putrajaya.

Penjaja yang berniaga menggunakan kenderaan pula adalah di dalam kategori lain. Tapi dalam kategori ini tidak ramai.

Oleh kerana mereka menjual makanan dan minuman maka amatlah penting mereka semua dilesenkan kerana mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Selagi mana pihak PBT enggan memberi lesen, selagi itu keperluan kelulusan kesihatan tidak timbul dan para pembeli terdedah kepada penyakit. Berlesen atau tidak mereka tetap berniaga kerana itu punca pencarian pendapatan mereka.

Saya mengharapkan semua PBT dapat melancarkan program pemutihan penjaja dan peniaga yang sudah lama berniaga. Peniaga warga asing tidak perlu dilayan. Mereka sememangnya tidak boleh berniaga di tempat kita. 

Saya percaya penguatkuasa sudah tahu siapa mereka dan tempat perniagaan mereka.Kalau tempat perniagaan mereka memang tidak sesuai sangat untuk perniagaan, carilah tempat lain. Sebaik-baiknya pusat-pusat penjaja perlu diwujudkan dan kebersihan dan keceriaan tempat-tempat ini perlu titik beratkan. 

Biasanya para penjaja mengadu pusat penjaja tidak strategik. Peniaga yang separuh tetap perlu diubah ke gerai-gerai majlis sebagai keutamaan apabila terdapat kekosongan. Selepas pemutihan pun, kita boleh jangka yang penjaja baru akan mengambil alih tapak yang dikosongkan. Jadi perkara ini tidak sudah juga kecualilah kalau PBT serius dalam penguatkuasaan. Back to square one.

Saya tidaklah hendak mengajar pihak-pihak terlibat apa yang patut dibuat. Masalah penjaja ini bukan baru sudah bertahun. Mungkin YB Ronnie Liu kena anjur satu bengkel untuk memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. 

Pakatan Rakyat perlu membuat perubahan sistem yang ada. Apa gunanya jika semua syarat dan peraturan dahulu diterima pakai kalau ianya menyusahkan rakyat. Pihak yang berkuasa patut memikirkan bagaimana membantu rakyat dan pada masa yang sama membangunkan bandar.

Di jalan Sungai Jati berhampiran dengan Dewan MPK Sentosa, ada sederet kedai yang kaki limanya menutup parit. Di sepanjang jalan Kg Jawa pun begitu keadaaanya. Kedai-kedai ini bukan dibina semalam. Memang menjadi masalah jika hendak mengambil tindakan. Kedai-kedai ini milik orang tempatan tetapi disewakan oleh orang Aceh. 

Di Paya Jaras pun begitu. Lesen perniagaan atas nama tuan kedai. Pihak berkuasa pun susah bertindak kerana "tuan kedai " akan mengatakan orang asing ini pekerja mereka. Rakyat merungut kehadiran orang asing menguasai perniagaan runcit!

Hendak dikatakan pihak PBT tidak memikirkan nasib penjaja kecil tidak kena juga. Tapi lihatlah kepada gerai-gerai sifar majlis perbandaran yang dibina diseluruh negeri selangor. Belakang kedai menghala ke jalan raya besar. Sakit mata melihat. Seunit dikatakan berharga diantara RM25 hingga RM30 ribu! Entahlah idea siapa. Macam melepaskan batuk ditangga dan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja. Tapi PBT tidak boleh disalahkan juga ye, itu projek wahyu kerajaan sebelum ini! Harap-harap kerajaan Pakatan Rakyat jangan buatlah kerja seperti ini.

Di Bandar Baru Sungai Buloh, betul-betul dihadapan Sek Menengah Bandar Baru ada satu kawasan gerai sifar. Sudah lama siap tapi baru beroperasi. Mula-mula nampak juga beberapa gerai di buka tapi kini lengang. 

Agaknya penggerai sudah lari balik ke tempat asal untuk berniaga. Kawasan gerai berlopak, air bertakung.... siapa nak masuk! Penjaja-penjaja masih dibenarkan menjaja di tepi jalan tidak berapa jauh dari situ. Kenapa peniaga-peniaga ditepi jalan tidak dipindahkan ke gerai majlis? Atau adakah penjaja yang sepatut dapat gerai tidak dapat tetapi orang yang bukan penjaja pula yang dapat dan menunggu untuk mendapat untung atas angin dengan menyewa kepada orang lain.... yang akhirnya pendatang dari indonesia..

Letih memikirkan sistem yang di warisi. Saya harap para ADUN dan EXCO negeri Selangor memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini. Pilihanraya setahun lagi aje sebelum GST dilaksanakan. Jika semasa berkuasa kita tidak lakukan perubahan di dalam sistem, masa berkempen nanti UMNO/BN tidak dapat disalahkan lagi. Jangan sampai rakyat mengatakan sama sahaja BN atau PR memerintah.

23 February 2010

Dalam Kenangan

Almarhum Ust Haji Hambari bin Haji Nor aktivis terkenal PAS Kawasan Kota Raja merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Kawasan Kota Raja dilahirkan pada 28 Ogos 1940  bersamaan 25 Rejab 1359H dan kembali kerahmatullah pada 21 Februari 2010 bersamaan 8 Rabiulawal 1431 Hijrah berusia 69 Tahun 5 bulan.

Berikut beberapa kenangan Pemuda bersama almarhum:
Arwah semasa Sukan PASTI Bukit Naga 2009
Arwah menyambut tetamu semasa Sambutan Raya PAS Kawasan 18 Oktober 2009 di Markaz PAS Bukit Naga yang juga perkarangan rumah penginapannya.
Arwah melayan pimpinan sewaktu Sambutan Raya Kawasan
Dalam tidak sihat saat mula dapat mengesan kanser usus masih digagah untuk hadir program Jamuan Makan Malam Pemuda selepas dirayu untuk turut serta hadir bersama
Tetap menjamah makanan walaupun menahan kesakitan perut
Menerima penghargaan tak seberapa daripada Dewan Pemuda di Makan Malam bersama Dato Presiden
Kenangan Terakhir Bersama Presdien PAS
Menghadiri Rumah Terbuka Tim Ketua Pemuda Hari Raya 2008

Dicatat oleh Sdr Imran Satiman DPPKKR.

22 February 2010

Perginya seorang pejuang (bahagian 2)

Almarhum Ustaz Hj Hambari yang saya kenali : PAS Kawasan Kota Raja telah kehilangan seorang pejuang yang gigih , seorang yang banyak berkorban untuk Jemaah. 

Dalam kehidupannya yang penuh dengan usaha dan pengharapan yang amat tinggi , kerajinan dirinya yang tidak pernah duduk diam , setidak tidaknya batang penyapu mesti ada ditangannya, kerajinannya menyebabkan beliau tidak mengenal sakit dan penat. 

Sesiapa saja yang datang ke Markaz akan disambutnya dengan penuh keriangan , beliau akan bermuram jika markaz sepi dengan kekurangan aktiviti dan sebaliknya akan merasa gembira dan ceria sekiranya program dijalankan di Markaz.

Baginya kejayaan PAS adalah kejayaan dirinya  yang merupakan penyumbang terbesar Kepada PAS Kota Raja dimana beliaulah yang menginfakkan tapak untuk bangunan PAS  Kawasan Kota Raja.

Masa terus berlalu dan setiap ahli dan Ustaz terus berkerja dan berusaha, hasilnya alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, Calun PAS pada PRU 12 YB Dr Mariah telah meraih kemenangan luar dugaan dan mendapat majoriti yang paling tinggi , usaha beliau telah menampakkan hasil dimuka bumi ini …….beliau ialah Almarhum Ustz Hj Hambari.

Saya masih teringat semasa Majlis Perasmian Markaz PAS Kawasan Kota Raja dan Cawangan Bukit Naga diadakan , pada ketika itu Pas kawasan menjemput Dato Dr Hasan Ali – Pesuruhjaya PAS Selangor merasmikannya. Dato Dr Hasan Ali bertanya kepada saya bagaimana Markaz PAS Kawasan Kota Raja dan Cawangan Bukit Naga dapat dibina.

Saya menerangkan satu persatu pengorbanan ahli – ahli Pas Kawasan terutama cawangan Bukit Naga yang berusaha dengan bersungguh – sungguh. Dato ada bertanya siapakah yang bermurah hati menyumbangkan tanah untuk mendirikan markaz tersebut saya menyatakan pada Dato , tuan rumah ni , ketika itu kami berada di dalam rumah Ustaz Hambari sementara Majlis belum bermula, saya terus mencari dan meminta petugas mendapatkan Ustaz Hambari.

Seorang petugas datang kepada saya dan memaklumkan bahawa Ustaz Hambari sedang menjaga pakir kereta . 

Pada kita itu Dato Dr Hasan Ali terdengar dan alangkan terkejut dan teruja para tertamu ,bayangkan tuan punya tanah yang mendermakan tapak untuk Markaz dibina dan ketika markaz dirasmikan , tuan punya tanah tersebut menjaga pakir ….itu Ustaz Hambari … sedikit pun dia tidak merasa bangga dengan pengorbanan yg besar dilakukan.

Pernah satu ketika sewaktu saya dan rakan – rakan sedang bermesyuarat pada jam 3 pagi untuk mengatur gerak kerja pilihanraya yang ke 12 Parlimen Kota Raja   yang lalu , dalam keadaan yang penat lagi meletihkan dan saya juga percaya bukan pimpinan Kawasan sahaja keletihan malahan seluruh penyokong dan pendukung PAS berusaha untuk memenangkan PAS ,  tiba – tiba pintu bilik gerakan diketuk , saya terus membuka pintu tersebut , terlihat Ustaz Hj Hambari dalam keadaan yang amat ceria ( saya masih lagi boleh bayangkan wajah Ustaz Hambari yang memakai baju singlet dan kain yang diikat besar seolah-olah akan jatuh jika ditarik , gelaknya membuat matanya tertutup sedikit. 

Dalam wajahnya yang riang dan bercakap dalam ketawa kecil , katanya “ ni Ustaz bawa cempedak goreng untuk hidangan para perjuang PAS yang sedang bermesyuarat, kamu semua tentu lapar, Ustaz sempat goreng yang seadanya sahaja”.

Saya kata padanya Ustaz tak tidur lagi ke?, kan Ustaz penat , sebab pada siang harinya saya melihat bagaimana Ustaz seorang diri memacakkan bendera Pas di sepanjang parit di hadapan Markaz Pas kawasan, Ustaz Hambali tersenyum sahaja.

Seperkara yang hendak saya kongsikan , di mana saya pernah melihat beliau menangis dan memegang bahu saya dan mengadu kepada saya supaya terus berjuang mempertahankan supaya Dr Mariah menjadi calun Parlimen Kota Raja ( ketika itu PAS Kawasan dan JPRK masih belum terima keputusan daripada pusat sama ada Dr Mariah menjadi calun atau sebaliknya.Mungkin Ahli PAS Kota Raja masih ingat bagaimana Ustaz Hambari dengan lantangnya mempertahankan Dr Mariah untuk menjadi calun di hadapan tetamu kita, pada ketika itu Dato Kamarudin Jaafar ( Setiausaha Agung Pusat). Ketika itu beliau bercakap dalam keadaan yang amat pilu , sempat saya berbisik ke telinga Dato KJ , kata saya Dato Ustaz Hambali cakap bukan melalui nafsunya tetapi ikhlas dari hatinya. 

Terlalu banyak kisah beliau kalau dicatit satu persatu  sudah tentu boleh menjadi sebuah novel , Tapi kini beliau telah tiada , dan beliau meninggalkan kita tapak tanah untuk kita langkah ke satu langkah seterusnya  , belari kecil dan terus belari laju dan terus berjuang memartabatkan islam .

Perbanyakkan aktiviti dan program dimarkaz , selagi kita mengunakan markaz tersebut selagi itulah pahala akan mengalir Kepada Almarhum Ustz Hj Hambari, 

Beliau umpama jentera berat yang berusaha menumbangkan pokok – pokok yang besar, berusaha menarah Bukit – Bukit keras , menolak batu – batu degil yang menghalang sehingga menjadi jalan yang telah sempurna dan mudah untuk perjuang yang terkemudian bergerak laju , kita tidak perlu menumbang kan pokok – pokok , kita tidak perlu lagi menarah Bukit, kita tidak perlu lagi menolak batu yang kita perlu ialah meimarahkan jalan tersebut, yang perlu bagi kita terus berusaha dan jangan sampai pokok kembali tumbuh, bukit rebah jatuh kerana terhakis , dan batu kembali bergolek untuk menghalang perjuangan kita .

Insyaallah kita akan terus berjuang sehingga diakhir hayat.  

Catatan oleh : Norhalim Sorome 
                                  TYDP PAS Kawasan Kota Raja

21 February 2010

Perginya seorang pejuang

21 Februari 2010, Jam 10.30 pagi saya dikejutkan dengan pengiriman SMS berita pemergian ke rahmatullah Ustaz Hj Hambari bin Hj Nor, aktivis PAS Bukit Naga. 

Seminggu sebelum itu, saya dan pimpinan PAS kawasan sempat melawat almarhum di Hospital UKM selepas almarhum selesai menjalani pembedahan.

Menurut Dr Nora, anak perempuan almarhum, bapanya itu mengadu sakit perut sebelum ini dan hasil pemeriksaan pihak hospital didapati almarhum mengidapi kanser usus. 

Pembedahan dikatakan berisiko tinggi atas faktor usia almarhum, namun doktor tidak ada pilihan lain terpaksa melakukan juga pembedahan yang memakan masa 8 jam.

Selepas pembedahan, almarhum dikatakan mula stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa dari wad ICU. Namun Allah lebih menyayangi hambaNya ini dan menjemput almarhum lebih awal daripada yang dijangkakan.

Secara peribadi, saya mula mengenali ustaz Hambari secara dekat setelah tertubuhnya PAS cawangan Bukit Naga sekitar tahun 1997.

Beliau telah menginfakkan tanahnya untuk didirikan Markaz PAS dan seterusnya PASTI Syaidatina Aisyah pada tahun 1998. Bermula di sinilah PAS kawasan Kota Raja menyerlah dengan pelbagai aktiviti semasa seperti program-program pentarbiyahan, ceramah-ceramah politik dan aktiviti-aktiviti dalaman parti.

Ustaz haji Hambari adalah di antara insan-insan kerdil di kalangan kita dalam perjuangan Islam di negara tercinta ini. Namun cukup istimewa untuk diperkatakan buat renungan kita bersama lebih-lebih lagi kepada generasi muda yang masih kuat kuderatnya.

Ketika di usia emas inilah ustaz Hambari masih berjiwa muda, bertenaga dan semangat perjuangannya cukup kental dibandingkan dengan sebahagian daripada kita termasuk diri saya sendiri.

Sepanjang ingatan saya, apa juga program-program PAS yang dianjurkan di Kota Raja ini, pasti ustaz Hambari ada bersama. Dia bukan orang-orang besar PAS, namun penglibatannya cukup meruntun perasaan. Apa tidaknya, khidmatnya tidak perlu dikerah namun diberi sebelum diminta. 

Tahap kesukarelaannya cukup mudah ditumpahkan. Seperti juga sifat kedermawannya yang tinggi. Sebut saja program apa yang hendak dianjurkan. Pasti saja Ustaz Hambari akan menghulurkan bantuan kewangan. Bukan seringgit dua tapi mencecah ribuan. 

Tengok saja markas yang ada, sebahagiannya adalah jasa-jasanya yang perlu kita kenang. Seperti penganjuran makan malam PASTI dan Jabatan Amal Kota Raja. Kupon belum dicetak tapi 100 orang telahpun ditaja. Inilah keperibadian Ustaz Hambari. Baca sini.

Dia bukan orang kaya. hidupnya sederhana sahaja. Pagi hingga ke petang kerjanya berkebun menanam nenas dan jagung. Bersih persekitaran markas kerana keperihatinannya. Kadang kala sempat juga mengecat dinding markas yang comot dimakan lumut.

Cerita ketika pilihan raya tak kurang hebatnya. Pernah satu ketika saya baru balik dari bandar Klang menyusuri jalan ke Jalan Kebun. Jam sekitar 2.30 petang yang teriknya tak terhingga. Hari bekerja dan tiada petugas PAS.

Ustaz gigih di sepanjang jalan hadapan MARDI sedang memacak papan tanda calon seorang diri.

Sayunya saya melihat tingginya semangat orang tua ini. Di markas pula, atas usaha beliau telah tersedia longgokkan papan-papan lapis kecil yang siap dipaku pada tiang-tiangnya menunggu poster yang belum siap dicetak lagi. 

Belum lagi cerita ustaz menjahit puluhan bendera. Juga cerita apabila ada sekumpulan belia India datang ke markaz minta bendera PAS yang telah kehabisan, waktu itu juga ustaz Hambari menjahit bendera untuk diberikan kepada mereka.

Hikayat Ustaz Hambari dalam perjuangan Islam di Kota Raja tak akan berkesudahan. Saya pasti setiap orang yang mengenali Ustaz Hambari akan ada cerita tersendiri. Pokoknya setiap cerita itu sebenarnya mengajak kita berfikir dan merenungi diri sendiri.

Sejauh mana usaha kita dalam perjuangan ini benar-benar atas keikhlasan kita atau sebaliknya. Dan sejauh mana kita menggunakan kemampuan yang kita ada untuk manfaat perjuangan yang amat panjang ini. Atau kita sudah mula melupai segala janji-janji Allah kepada pembela-pembela agamaNya.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati almarhum ayahanda Ustaz Haji Hambari bin Haji Noor dan mengumpulkannya bersama  para mujahid Islam di sepanjang zaman. Amin....

- Azman Mohd Mah Husin
  Sekretariat Parlimen Kota Raja

Gambar 1. Ustaz Hambari selepas menjalani pembedahan di HUKM.
Gambar 2. Ratusan yang mengiringi jenazah
Gambar 3. Suasana sayu di perkuburan

Aktivis PAS Kota Raja kembali kerahmatullah

 Posting sebelum ini  Kami doakan Ustaz cepat sembuh. PAS Kawasan Kota Raja mengadakan majlis ini Rabu lepas untuk memohon hajat dari Allah SWT agar Ustaz Hambari yang kami sayangi ini sembuh dari sakit cencer usus yang dialaminya. Malam tersebut terlalu shahdu untuk digambarkan keadaan semua jemaah yang hadir.

Kira-kira jam 11.19 pagi tadi bertalu-talu sms masuk memberitahu bahawa AF Ustaz yang  juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Kawasan Kota Raja yang kami  dan seluruh ahli PAS Kawasan Kota Raja sayangi ini telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Berita ini disahkan sendiri melalui anakanda AF Ustaz, Dr Nora.

Saya menalifon Ketua Caw PAS Bukit Naga Ust. Maskor dan beliau mengiakan berita ini dan memberitahu jenazah akan tiba dari HUKM 1 setengah jam dari sekarang. Saya terus ke rumah Arwah Ust dan berjumpa dengan Tn Hj Ngaspan yang ada disana bersama Ismail Saime dan memberitahu hajat Shamsul Bharin, Azmi Awang dan saya untuk menyumbangkan peralatan mengkafan jenazah. Alhamdulillah permintaan diterima.

Lebih kurang pukul 1.00 tengahari jenazah sampai dan pada ketika itu telah ramai ahli keluarga, rakan taulan dan ahli PAS Kota Raja yang sampai.

Semasa solat zuhor hendak dimulakan kelihantan YB Shuhaimi ADUN Sri Muda sampai dan sempat berjemaah. Selesai Solat YB Khalid Samad MP Shah Alam (yang katanya ada banyak memory bersama Ustaz) sampai. Seperti yang semua sedia maklum bahawa YB Khalid memang rapat dengan PAS Kota Raja kerana sebelum pecah dua dari dulu pun beliau merupakan YDP Shah Alam dan waktu tu pun Kota Raja masih belum wujud.

Solat jenazah diadakan selepas itu dan kehadiran yang ramai memenuhi setiap ruang Dewan Dato Fadhil Nor sehingga muslimat terpaksa solat jenazah di ruang pejabat tingkat atas. Solat jenazah diimamkan oleh AF Ustaz Sutrisnor. Turut sama YB Khalid berbaju batik dan YB Shuhaimi bersongkok hitam.
 Kira-kira jam 2.00ptg jenazah dibawa keperkuburan Jalan Kebun dan keadaan begitu sesak sekali.
 Ketua Caw PAS Bukit Naga (teman sejati arwah) membacakan talkin ditanah perkuburan Islam Jalan Kebun, disebelah kanan beliau ialah YB Shuhaimi, kiri Hj Buang, Ketua Kampung Bkt Naga dibelakang hj Mulyani Bendahari dan TYDP Sdr Norhalim Sirome.

Selain itu ramai ahli KPP yang turut hadir termasuk Sdr Letchumanan, Sdr Ramu, Sdr Somu, Sdr Vijay, Sdr Segar dan lain-lain.

Siapa Ustaz Hambari, sehingga beliau amat dikenali dan disayangi oleh semua pimpinan dan Ahli PAS Kota Raja termasuk anak kecil .... bersambung ......

Nota : YB Dr Siti Mariah tidak dapat bersama kerana beliau berada di Kedah. Manakala YDP & NYDP juga tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Agong PAS Zon Andalas.

20 February 2010

PAS adalah wadah perjuangan Islam

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.
Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini. Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.

PAS adalah wadah perjuangan Islam. Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.

Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.

Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua. Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.

Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya. 

Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.

Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah. Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.

Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.

Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya. Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal. Ayuh, patuh dan cekal berjuang!.... 

Artikal sebelum ini : Untung jadi adik PM

FORUM PERDANA DI KAMPUNG JAWA

Assalamualaikum,
Semua dijemput hadir ke program Maulidur Rasul 1431H, seperti maklumat dibawah.

  Tarikh : 27 hb FEBRUARI 2010 (Sabtu)

  Masa  : 9.00 MALAM

  Tempat : DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG JAWA
                (Dewan JKKK Kampung Jawa berhampiran Petronas)

 Moderator : USTAZ NAZRI DIN (Perak)

 Ahli Panel : 1). USTAZ SHAPAWI (Terengganu)

                   2). USTAZ KHAIRUL IKHWAN (Ustaz Budak).

Tajuk Forum :  RASULULLAH........KAMI MENCINTAIMU

Di harapkan maklumat/jemputan ini dapat disebarkan seluas yang mungkin kepada saudara mara, sahabat andai serta jiran tetangga kita. Kehadiran anda amat tinggi nilainya buat kami dan pasti ada ganjaran pula disisi Allah swt.

wakil urusetia program.

18 February 2010

Kami doakan Ustaz cepat sembuh.

Kg Bukit Naga, Shah Alam 18 Feb - PAS kawasan Kota Raja telah menganjurkan program solat hajat khas semalam bagi memohon kesembuhan keatas Ustaz Hambari, seorang aktivis PAS Kota Raja yang menghidap kanser usus dan baru-baru ini menjalani pembedahan di HUKM.

Ustaz Hambari, yang merupakan AJK Urusan Ulamak PAS Kota Raja, merupakan seorang aktivis PAS sepenuh masa dan telah banyak menyumbang kepada PAS Kawasan Kota Raja.

Sumbangan besar ialah beliau telah menginfakkan tanah bagi pembinaan Markaz PAS Kawasan yang ada sekarang.

Selain daripada itu, beliau banyak menyumbang di setiap program-program PAS Kawasan dan cawangan yang di adakan di Markaz tersebut.

Seringkali beliau akan menyediakan jamuan di rumah beliau bagi menjamu dan menyambut kehadiran pimpinan dari negeri atau pun Pusat apabila sesuatau program di adakan di Markaz PAS Kawasan yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Program solat hajat tersebut telah di hadiri lebih dari 100 orang samada dari pimpinan kawasan dan juga cawangan-cawangan.

Sehingga berita ini di tulis, Ustaz Hambari telah pun di pindahkan dari wad ICU ke wad biasa di Hospital UKM Cheras. _Izha ... sumber;  http://kotaraja.pas.org.my/
 Selepas selesai Solat Hajat
 Hadirin menunggu susun atur untuk majlis tazkirah
YDP memberikan ucapan terimakasih di atas kehadiran semua
 YB Dr Siti Mariah memberikan ucapan
Sebahagian hadirin ketika majlis tazkirah

!!! TANGGUH !!! - 20/2/10 STADIUM MELAWATI S.ALAM-SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA


Bersama:
  • Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
  • Dato' Seri Anwar Ibrahim
  • Dato' Tan Sri Khalid Ibrahim
Sabtu malam Ahad: 20 Feb 2010 @ 7 malam


Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor


Anjuran Bersama: Pakatan Rakyat Shah Alam

17 February 2010

Catatan dari Doha

Assalamulaikum WBT

Saya baru balik menghadiri US-Islamic World Forum di DOHA (13hb ke 15hb Feb). Banyak pengalaman dan pengetahuan dalam masa yang sesingkat 3 hari. 

Saya sendiri terlibat di dalam perbincangan di antara wakil-wakil dari pertubuhan dan parti-parti islam dengan wakil-wakil daripada kerajaan Amerika. Baca lagi seterusnya disini

16 February 2010

Untung jadi adik PM

Bergembiralah DS Najib dan seluruh hamba sahayanya bila mengetahui gerangan adik kesayangannya menjadi orang yang kaya dan banyak wang. Senang cakap kalau dari keluarga Najib semua OK.

Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, DS Nazir Razak sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding.

Banners and bilboards need local council approval

MPK made the right decision in bringing down the banner/bill board welcoming the PM to Pandamaran.

PR has no problem welcoming and inviting him to Selangor, but does the PM want us to flaunt the law and allow his giant sized banner to be put up on an illegal structure.

The land belongs to the state and no permission has been given nor have the Council received any application from anyone for bill board erection.

The PM supporters, if they are sincere, must be thankful that we are saving the PM an embarrassing situation. Surely he does not want to be asked why illegal methods are used to promote his visit. Without doubt our PM would not want to be thought above the law in all matters small or big.

We welcome the PM to Selangor, but please set a good example and abide by local council laws.

YB Dr Xavier Jayakumar

Budaya Umno

UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'. Tulis  Al Brangi dalam blognya.

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'.

Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

Sila bantu bekas Ketua Wanita Umno yang dalam kesusahan ini

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

"Keadaan ini memaksa anak saya yang sakit itu berkerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan upah RM30 sehari," katanya.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang.

Khalijah berkata, beliau tidak menagih simpati daripada masyarakat terhadap kesempitan hidup yang dialaminya, cuma berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya mendapat rawatan dialisis percuma di pusat rawatan yang disediakan kerajaan

Dah tau lama dah

 Ntah mana satu yang betul?

....... Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, ADUN Ng Suee Lim yang memandu kereta jenis Nissan X-Trail telah melanggar Mohamad Bakri yang menunggang motosikal jenis Yamaha SRE. ADUN tu kata siswa tu yang langgar dia
 
Kemalangan di Pesiaran Kayangan/Pesiaran Institut di Seksyen 7, Shah Alam itu telah mengakibatkan penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah itu cedera parah di bahagian kepala dan terlantar koma di HTAR. — Bernama

15 February 2010

Portal Umno pembawa berita palsu

Uhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.

Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.

Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.

Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.

"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.

Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu. -TVS

14 February 2010

In the end "DPM look stupid"

I am not sure of the reasons about the hoo-has surrounding the 'decision NOT to have the maulidur rasul march' this year in Penang.

Maulidur rasul marches have one overriding aim in mind- that of publicly showing our love to the Prophet and showing to the world, that here in Malaysia, we are good Muslims. Good Muslims march in processions. They sing selawats loudly.

The essence of Muhammad and his message are often lost in  noisy marches.

Firstly, there wasn't any decision to ban at all. if Lim Guan Eng does that, it would be politically suicidal for him. As a non Muslim, he must have Muslim advisers. Go ask them what happened. Listening to the head of Jabatan Agama Islam Penang, he didn't indicate of any decisions not to hold events celebrating Prophet Muhammad. Indeed he was indicating looking at alternative forms/events on how to celebrate Prophet Muhammad meaningfully. If it's true that Penang is going to have a 3 day celebration of the Prophet by way of several programs, those events may turn out to be more meaningful.

The newspaper which made the reports didn't get the facts right and in the end, made the DPM look stupid. If Mohd Ali aka Cassius Clay were to be in Malaysia, he would be saying to DPM- you are stupid as you look. Tun Pak Lah? Well you know, maybe he was sleeping and people doubt whether he reads newspapers.

Second thing, about this maulidur rasul. It is insulting to Muslims to suggest that marching and sweating it out is the way to express our love to the prophet. Perhimpunan ummah, having special prayers, recounting the life of the prophet are better ways to celebrate our Prophets.

Some of the UMNO children don't know what to respond when hearing the name Muhammad SAW uttered.  
Some UMNO people and some remembers of the royalty I know, uttered the literal SAW( as in wood saw). So they will say, Muhammad S.A.W or saw instead of Sallalla hualai hiwasallam. Some even said Muhamad Subhanahu wataala. Yet these are the people who be pulling their hair and jump in showy tantrums, when maulidur rasul marches are not held.

It could be that holding maulidur rasul is essentially a political decision whether Islamic or secular. It could very also be a bidaah practice.

Many states under UMNO control don't hold maulidur rasul marches. They wisely decide that holding special prayers, reading of Yassin, holding out tazkirah, having majlis maulids are better. I would rather go to a ratib haddad session than to a maulidur rasul march. Or maybe I could suggest that marchers go visit the madrasah at taufiqiah al husainiah of Fuad al Rembawi

Those in Negeri Sembilan will achieve more listening  to ustaz Fuad than marching with MB Hassan.

After the march, what?Your Faith go up a few notches? 

Written by : Sakmongkol ak-47 (Dato' Mohd Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz.) : http://sakmongkol.blogspot.com

Jangan buat tuduhan melulu

Anonymous said...
JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA-Ustaz Misbahul Munir 
 
Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. 
 
Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat. Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. 
 
Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad. 
 
Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam. 
 
Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan. 
 
Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program. Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. 
 
Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur. 
 
Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden. Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri. 
 
Sun Feb 14, 01:03:00 AM MYT

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini