08 February 2010

Blogger Jeffry Damien ; Polis mesti ambil tindakan

MACHANG - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan sebuah blog yang menyiarkan ilustrasi gambar beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jahat dan berunsurkan fitnah.

Mursyidul Am Pas itu berkata, tindakan tersebut dilakukan individu yang tidak bermoral dan menyalahgunakan kecanggihan yang disediakan.

“Saya tidak tahu nak kata apa. Ia betul-betul jahat dan fitnah. Sampai begitu nilai rakyat Malaysia ini, tak tahu moralnya,” katanya ketika ditemui selepas hadir mengagihkan sumbangan Kifalah kepada Wasi Peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, Kerajaan Negeri mengagihkan sumbangan Kifalah bernilai lebih RM4 juta kepada 2,040 wasi yang layak menerima bantuan tersebut.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas Kelantan membuat laporan polis terhadap penulis blog yang menyiarkan gambar mengaibkan beliau dan Anwar.

Laman blog tersebut ditulis oleh seorang blogger yang menggunakan nama Jeffry Damien (http://jeffrydamien09.blogspot.com/) yang memuatkan beberapa ilustrasi grafik menggambarkan Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

Ditanya adakah perbuatan tersebut mempunyai kaitan kehadiran beliau dalam perbicaraan kes liwat Anwar baru-baru ini, Nik Aziz berkata, tindakan itu dilakukan untuk menunjukkan simpati kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya simpati kepada beliau dan saya anggap dia teraniaya. Masalah tuduhan zina dan liwat ini, mana buat depan orang ramai, mesti buat dalam kelambu. Nyamuk pun tak ada, usahkan manusia, tiba-tiba tuduh secara terbuka. Ini betul fitnah orang yang teraniaya.

“Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada orang yang buat laporan polis tersebut. Kalau dia tidak buat saya akan buat,” katanya.

3 comments:

  1. Salam,
    Ada jurang pengesanan kes disini.Sekiranya berlaku kepada puak mereka lambat atau dilambatkan tindakan.
    Orang begini yang kita nak minta pecah perut biar terburai ususnya yang busuk..

    ReplyDelete
  2. salam
    tajuk tuh perlu diperbetulkan. Sepatutnya berbunyi:
    Polis Mesti Ambil Tindakan

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini