Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.
Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.
Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.
Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.
Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.
Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.
Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.
Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?
Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini. Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.
PAS adalah wadah perjuangan Islam. Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.
Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.
Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua. Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.
Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.
Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.
Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah. Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.
Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.
Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya. Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal. Ayuh, patuh dan cekal berjuang!....
Artikal sebelum ini : Untung jadi adik PM
Artikal sebelum ini : Untung jadi adik PM
Jika Benar seperti yang dikata alhamdulillah.
ReplyDeleteSaya sendiri berikrar memperjuangkan islam walaupun ilmu yang saya ada hanyalah sekecil kuman..
Pada pandangan saya apa yang YB tuliskan Adalah PAS dulu bukan yang kini. Adakah YB tidak mahu mengakui PAS sekarang adalah sama seperti UMNO yang PAS bencikan? dan yang lebih memburukkan PAS sekarang Tiada Pegangan dan Pendirian yang hanya mengikut telunjuk pakatan yang entah mana hala tujunya? Bagaimana YB katakan perjuangan jika kita berjuang dan mati katak? berjuang bukan saja berani mati tapi yang paling penting dalam peperangan adalah taktik dan kecerdikan akal. Apa yang berlaku sekarang PAS hanya mampu mengiyakan apa saja Isu tanpa mahu mengkajinya atau mempertahankannya.
Bagaimana untuk kita kekal kuat kalau bangsa kita juga dipecahbelahkan hanya untuk mencapai cita-cita politik yang kononnya akan berjuang untuk agama. Fiirkanlah... Jangan Hanya Menunduk Hanya Untuk Kepentingan Diri Dan Poket Sendiri.
Buktikan jika Anda bukan UMNO.
Disamping menghadapi kejahatan BN khususnya UMNO, Pas juga terpaksa bertarung dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Ada antara mereka secara terang-terangan menzahirkan mereka Pro Umno dan ada yang menamakan mereka jamaah Islam tetapi bertindak menyerang Pas. Pas dianggap tidak syumul dalam perjuangannya. Pas bergerak secara tidak sistematik, Pas masih tradisional dan tidak mampu menjuari zaman. Pas tidak syarie,kerana mengambil pendekatan Demokrasi.
ReplyDeleteSedikit sebanyak suara-suara itu menganggu perjalanan Pas, khususnya pelajar-pelajar yang mula berjinak-jinak dengan Pas di Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Hingga berlaku rebut merebut ahli Usrah. Penampilan "elit" jamaah tersebut berjaya mencuri anak-anak usrah Pas yang seketika terlupa erti "berjamaah dan wala".
Dengan kehendak Allah..Pas berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Sejak itu Pas terpaksa memperluaskan tingkapnya ( bukan hanya pintu dibuka) kerana menyambut "tetamu" yang datang dari segenap lapisan masyarakat. Parti yang dahulunya dilihat kolot dan tradisional mula dipuji dan didampingi. Benarlah kata seorang ulama; "tawanlah kerusi nescaya engkau akan lebih berjaya menawan hati".
Alhamdulillah..akhirnya mereka-mereka yang sebelum itu agak geli geleman untuk berdampingan dengan Pas, kerana dilihatnya Pas hanya parti pak-pak lebai yang tidak punya wawasan,akhirnya dapat makan setalam. Kumpulan elit yang gagal membentuk "jamaah Islam elit" akhirnya terpaksa bertenggek di dahan Pas. Ramai antara mereka yang telah insaf bahawa jamaah Islam mestilah syumul sebagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang syumul.
Namun malangnya..ada antara mereka masih tidak senang berketuakan sesetengah pimpinan Pas. Lalu dibentuknya komuniti sendiri di atas "dahan Pas". Sesekali dilihat dari jauh mereka seperti sebahagian dari dedaun yang merimbun diatas pohon Pas. Namun bila diamat-amati rimbunan itu rupanya DEDALU yang sedang bertenggek dicelah dahan. Mereka ada ketua sendiri yang lebih mereka wala'. Mereka ada mesyuarat sendiri yang lebih mereka taati. Mereka ada wawasan sendiri yang sesekali dilontar dan jelas bertentangan dengan wawasan Pas.
Justeru itu mereka tidak hairan dengan pimpinan Pas. Justeru itu tiada lagi adab dan hormat kepada pimpinan Pas. Kini rimbunan Dedalu itu semakin membesar. Benih-benih kecil mula bertenggek disetiap dahan. Percaturan disusun dengan rapi ...Tahniah kepada yang ikhlas bersama dengan Pas dan Awaslah kepada yang berniat khianat. Keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati.Waspadalah sentiasa agar jamaah ini terpelihara daripada pengkhianatan. (sumber)
Ingat !! KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI.
anon 12.26, montop komen dan cadangan tu
ReplyDeleteMelayu KaH Aku
ReplyDelete1. Saya sendiri berikrar memperjuangkan islam walaupun ilmu yang saya ada hanyalah sekecil kuman..
Alhamdulillah baguslah kalau begitu, rajinlah dtg kemasjid an naim untuk menimba ilmu agama.
2. PAS sekarang adalah sama seperti UMNO
Mintak maaf nak samakan PAS dengan UMNO jaug sekali " Sila baca kedua-dua dasar parti iaitu perlembagaan UMNO & PAS" mana tempat yang sama khususnya dari segi foundation "PAS memperjuangkn Islam, Umno Assabiyyah" mana nak sama beb.
3. Bagaimana untuk kita kekal kuat kalau bangsa kita juga dipecahbelahkan
Yang mulakan tradisi pecah belah ni UMNO, 1997 Umno diharamkan sebab waktu tu Umno ada team A dan team B .... umno yag begitu racist (bukan saya cakap tapi nazri menteri umno tu yg cakap) yang mempimpin pecah belah bangsa sendiri.
4. Jangan Hanya Menunduk Hanya Untuk Kepentingan Diri Dan Poket Sendiri.
Anda bercakap seolah-olah umno terlalu suci, ingat saya tak cakap tapi mahathir umno cakap "umno dah busuk sampai keusus". Kepentingan diri & poket sendiri ni polisi umno dari dulu kini dan selamanya.
Razifpas..
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat anda tapi apa yang saya maksudkan adakah perlu PAS menjadi seperti UMNo semata-mata untuk mencapai cita-cita politik hingga mengenepikan perjuangan asal dan sanggup mengorbankan maruah bangsa yang telah dperjuangkan sekian lama?
Sebenarnya ramai yang dah tahu perjalanan PAs sekarang menjurus ke arah yang agak membimbangkan. PAS perlu untuk memodenkan Perjuangan mereka mengikut arus masa tetapi jangan sampai terleka dengan arus kemodenan tersebut. Saya sentiasa berharap PAS akan menjadi lebih kuat dan mempunyai pendirian yang kuat dalam memertabatkan maruah PARTI tersebut dengan berdiri sendiri seperti sebelum ini. Tidak bolehberjayakah PAS tanpa bantuan orang bukan islam?