Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama dengan DAP sambil menyifatkan tidak salah berkawan dengan ‘orang jahat’ asalkan berniat memberi kesedaran Islam kepada mereka.
Nik Abdul Aziz juga menegaskan DAP adalah ‘kawan’ yang perlu disantuni Pas bertujuan memperbetulkan dan memberi nasihat kepada kelompok itu.
Dalam masa yang sama beliau berkata, Umno sering menuduh DAP jahat, tetapi, sebenarnya parti orang Melayu itu sendiri yang lebih jahat kerana dakwanya mengambil pendekatan berteraskan kebangsaan tetapi menolak Islam.
"Kita boleh berkawan dengan orang jahat untuk memberi nasihat, Umno marah kepada Pas berkawan dengan DAP, (Umno) kata DAP jahat, tapi kenapa DAP jahat? Kamu (Umno) jahat juga.
“Berkawan dengan Pas, insya-Allah Pas akan beritahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini. Dia hendak dengar atau tidak, peduli apa. Paling penting, tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP).
“Berkawan dengan Umno, Umno pun jahat juga. Macam mana tidak jahat, Umno tolak Islam ambil kebangsaan, agah(berlagak sombong),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Pas negeri di sini, semalam.
HE!HE!HE!
ReplyDeleteKALAU HATI DAH TAK BETOI, MACAM MACAMLAH NIK AZIZ. DAH BERAPA ORANG PEMIMPIN DAP KO ISLAMKAN ?