17 March 2013

Umno dah Lapuk masih guna taktik basi


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal pihak lawan masih tidak jemu menggunakan isu sama untuk memburukkan peribadinya di mata masyarakat berikutan penyebaran gambar kontroversi terbaru yang dikatakan mirip wajahnya.

“Dulu perut buncit, tapi sekarang tak (dalam gambar kontroversi terbaru). Pihak lawan asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin akan terus dapat sokongan pengikutnya walaupun dilanda pelbagai kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin, mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta bersolat hajat untuk membebaskan saya pada suatu masa dahulu dalam isu yang sama, akan terus berdiri teguh bersama saya," katanya sempena Program Jelajah Rakyat di Kampung Pedas Tengah, di sini, malam tadi.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Anwar terlalu sibuk berkempen dan tiada masa untuk lakukan semua itu.

Katanya, PR menganggap perkara ditonjolkan itu taktik lama BN menjelang pilihan raya umum.

Menurutnya, skandal itu tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri program-program PR.

“Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.

“Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini