09 March 2013

Nama DSAI semakin BERSIH


Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan  pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar  upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini