28 March 2013

Pertempuran antara Bulan dan Jalur 3 di Shah Alam


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yakin undi Pakatan Rakyat  sama sekali tidak akan tergugat sekiranya Presiden Jalur Tiga Datuk Dr Hasan Ali berhasrat untuk bertanding di kawasan itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.
Katanya, pihaknya tidak ada masalah menerima kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai calon melawan PAS merebut kerusi Parlimen Shah Alam.
“Saya mengalu-alukan kedatangan beliau tapi saya yakin orang Shah Alam pun tak begitu berminat dengan dia.
“Pengundi dah nampak perwatakan dia yang melanggar disiplin dan mengkhianati keputusan kepimpinan PAS ketika dulu,” katanya kepada FMT di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
Hasan Ali semalam dalam kenyataannya semalam berkata dirinya sedang meneliti kemungkinan sama ada mahu bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan mencuba nasib Parlimen Shah Alam.
Katanya, ini berikutan wujud permintaan beberapa pihak yang mahu beliau terus bertanding PRU13 termasuk daripada beberapa pemimpin Ulama PAS sendiri.
Khalid dalam responnya bagaimanapun berkata, hasrat bekas Exco Selangor itu jelas mahu memecahkan undi yang majoritinya masyarakat Melayu yang bakal menyaksikan perebutan kerusi tiga penjuru.
“Saya yakin Barisan Nasional (BN) tak mungkin akan membenarkan Hasan Ali menggunakan logo BN kerana mereka sudah ada calon sendiri yang lebih wibawa.
“Nak tahu prestasi dia macamana, kena tanya orang Gombak Setia,” katanya yang berhasrat untuk mempertahankan kerusi Shah Alam buat penggal kedua.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini