Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.
Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tingi.
Menurutnya, pertembungan Anwar dengan Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka lebih menarik, ditambah spekulasi Ahmad Husni bakal dilantik sebagai Menteri Besar Perak sekiranya BN mengekalkan pemerintahan di negeri ini.
"Bagi kami, Anwar harus diletak di kawasan 50-50 yang bakal ditandingi pemimpin BN gred A seperti Ahmad Husni, bagi membuktikan bertapa serius kepimpinan PR menggalas misi menawan Putrajaya.
Kekalahan Ahmad Husni dan BN di kerusi Parlimen Tambun bukan hanya menggugat politik BN untuk jangka masa panjang, malah peluang BN untuk bangkit dijangka semakin sukar kerana mereka ketandusan pemimpin berpengaruh.
No comments:
Post a Comment